Brendan Gan Tetap Jaga Kecergasan Walaupun Wabak Covid-19 Masih Berleluasa

Dunia kini sedang menghadapi waktu yang cukup sukar akibat penularan wabak Covid-19 hinggakan pelbagai aktiviti terpaksa di hentikan sementara waktu termasuklah perlawanan bola sepak.

Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia mengarahkan pelbagai aktiviti keramaian dihentikan hingga hujung Mac ini, namun begitu ianya bukanlah bermakna pemain bola sepak perlu menghentikan persiapan mereka.

Bagi bintang Selangor, Brendan Gan, tahap kecergasan beliau dijaga rapi walaupun pihak Malaysian Football League telah melarang pasukan mengadakan latihan seperti biasa.

Menurut Gan, beliau tetap menjaga kecergasan fizikalnya dan pemakanan seperti yang telah diaturkan oleh barisan kejurulatihan Selangor.

“Walaupun di rumah, saya tetap mengikuti program yang telah ditetapkan oleh barisan kejurulatihan supaya momentum tidak terjejas terus. Paling utama adalah untuk tidak membuatkan saya sakit sebelum Liga Malaysia bermula semula.”

Tambah Gan lagi, situasi sukar akibat wabak Covid-19 ini adalah serius dan segala arahan perlu dipatuhi untuk memastikan tidak ada ramai lagi orang dijangkiti penyakit itu.

“Kita semua sedang melawan wabak COVID-19 ini dan sudah semestinya ia merupakan perkara sangat serius yang sedang berlaku di seluruh dunia.

“Apa yang penting, kita perlu ikut setiap arahan yang telah dikeluarkan dan saya sendiri akan kekal berada di rumah kerana bagi saya kesihatan adalah yang paling penting bukan sahaja untuk keluarga sendiri tetapi kepada orang sekeliling juga.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Covid-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN