Terpaksa meninggalkan bayi lelaki di Australia pada usianya yang baru menjengah usia dua hari serta isteri tercinta sudah pasti menjadi pengorbanan terbesar buat Brendan Gan sepanjang karier profesional beliau.
Pengorbanan tersebut bagaimanapun tidak sedikit pun menyentap semangat pemain berusia 31 tahun itu untuk beraksi cemerlang pada pertemuan menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Sehubungan dengan itu, menurut sumber Stadium Astro, Brendan mendedikasikan kemenangan tersebut buat cahaya mata sulungnya yang diberi nama Koa Brooklyn Gan dan tanpa berselindung sedia berkorban segala-galanya demi membawa nama Malaysia.
Semuanya untuk anda Koa!”
“Untuk datang ke sini selepas dua hari melihat anak lelaki saya, benar, ini merupakan hadiah yang sempurna buatnya,”
“Pemain-pemain lain memberitahu saya bahawa kami semua mengorbankan segala-galanya untuk berada di sini.
“Sama ada keluarga atau waktu rehat, kami sedia mengorbankan segala-galanya untuk negara.
“Kami berada di sini kerana kami mahu berjuang untuk negara,” jelas Brendan Gan bercakap kepada wartawan Stadium Astro.