Brendan Gan, J. Partiban Antara 27 Pemain Dipanggil Tan Cheng Hoe

brendan-gan perak

Dua pemain yang disebut-sebut wajar disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan, Brendan Gan dan J. Partiban telah disenaraikan untuk menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi tiga perlawanan bermula pada penghujung Ogos sehingga 10 September depan.

Mereka berdua dijangka menyertai 25 lagi pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk kem latihan pusat sebelum hanya 23 pemain dimuktamadkan untuk dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia akan melalui satu aksi persahabatan menentang Jordan pada 30 Ogos dan dua aksi kelayakan bertemu musuh serumpun, Indonesia (5 September) dan UAE pada 10 September.

Selain Brendan Gan dan J. Partiban, Cheng Hoe turut menamakan 7 pemain baharu menggantikan 5 pemain yang digugurkan daripada skuad sebelum ini antaranya Nazirul Naim dan Hadin Azman.

Penjaga gol Perak, Hafizul Hakim juga kembali dipanggil selain bek sayap Selangor, Syahmi Safari, Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew. Pemain yang sedang diintai JDT, Danial Amier Norhisham melengkapkan senarai 9 pemain baru yang disenaraikan.

Lima pemain yang digugurkan daripada skuad sebelum ini adalah Faisal Abdul Halim, Syazwan Andik, Syazwan Zainon, Kenny Pallraj dan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman web rasmi FAM dan latihan pusat dijangka akan bermula pada 25 Ogos sebelum berdepan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jumaat, 30 Ogos depan.

Turut diumumkan lima pemain dalam senarai menunggu iaitu penjaga gol Khairulazhan Khalid, Amirul Azhan Aznan, Rawilson Batuil dan Azzizan Nordin serta Syazwan Andik.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan G untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia kali ini bersama-sama tiga rakan Asia Tenggara lain iaitu Indonesia, Vietnam dan Thailand serta wakil daripada Asia Barat iaitu UAE.

Sepanjang 2019, Harimau Malaya telah beraksi dalam lima perlawanan yang menyaksikan empat daripadanya menang termasuk dua aksi kelayakan pusingan pertama menentang Timor Leste pada pertengahan Jun lalu – Malaysia menang agregat 12-2.

Kredit Feature Image: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN