Brendan Gan & Partiban Mahu Fokus Piala Malaysia Berbanding Spekulasi Skuad Kebangsaan

Brendan

Selepas manampilkan aksi cemerlang sepanjang musim ini termasuk dalam perlawanan akhir Piala FA minggu lalu, nama Brendan Gan dan J. Partiban kini dikhabarkan dalam pemerhatian jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Dalam kenyataannya pada minggu lepas, beliau berjanji hanya pemain-pemain yang berada pada tahap prestasi terbaik akan dipanggil untuk menyarung jersi negara untuk saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan bermula September depan.

Namun kedua-dua pemain berkenaan ketika dihubungi wartawan Stadium Astro semalam memaklumkan keutamaan mereka ketika ini adalah membantu pasukan Perak dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dan tidak mahu terus hanyut dengan spekulasi berkenaan.

“Jika anda beraksi baik, anda berpeluang untuk dipanggil, namun bagi saya, buat masa ini, saya tidak memikirkan tentang pasukan kebangsaan. Ia sentiasa satu penghormatan untuk bermain dalam pasukan kebangsaan, namun buat masa ini, saya mahu beraksi baik untuk Perak,” kata Brendan.

Brenda Gan dan J. Partiban bersama kesebelasan utama Perak.

Kelibat Brendan Gan bersama skuad kebangsaan sudah pasti ditagih oleh peminat bola sepak tempatan yang sudah beberapa kali mempertikaikan tindakan Cheng Hoe mengetepikan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu.

Antaranya ketika barisan skuad Malaysia diumumkan pada tahun lepas untuk saingan Piala AFF Suzuki. Dengan persembahan konsisten sepanjang musim dan menampilkan persembahan memukau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada musim lepas sehingga dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan, nama Brendan Gan tetap tidak disenaraikan untuk mewakili negara bagi menghadapi kejohanan dwi tahunan itu.

Pernah beraksi untuk pasukan Sydney FC, Brendan Gan memulakan kerjaya beliau di Malaysia dengan menyertai pasukan Sabah pada tahun 2013 selama semusim. Selepas menyertai pasukan Kelantan, beliau mula diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad Malaysia B-23 dalam acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Korea Selatan. Kemudian, beliau terus dipanggil beberapa kali untuk tugasan antarabangsa sebelum mengalami kecederaan ACL yang merencatkan karier beliau bersama pasukan kelab dan negera.

J. Partiban cuba melepasi kawalan pemain pertahanan Sabah pada aksi sulung Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh.

Sementara itu, J. Partiban pula dalam responnya mengatakan beliau mahu fokus kepada dua perlawanan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia

“Selepas dua perlawanan itu, barulah saya akan fikirkan tentang panggilan kebangsaan itu. Kalau dapat peluang, saya akan buat yang terbaik,” tambah Partiban pula.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali menyertai pasukan negeri kelahirannya musim ini selepas berhijrah ke Sarawak dan Terengganu dalam empat musim yang terakhir.

Selain Brendan dan Partiban, nama Baddrol Bakhtiar turut menjadi perhatian Cheng Hoe untuk disenaraikan selepas disisihkan daripada beberapa tugasan antarabangsa.

Kredit foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN