Perlawanan di atara Brazil dan Serbia adalah sangat penting. Brazil mahu mengelak daripada kalah manakala Serbia wajib menang untuk mara ke pusingan seterusnya.
Brazil bermula dengan serangan intensif dalam perlawanan ini. Namun pasukan mereka dikejutkan dengan kecederaan Marcelo awal perlawanan memaksa pemain itu dikeluarkan pada minit ke-8.
Serbia tetap memberikan saingan awal dan berani menekan Brazil dengan counter pressing. Mereka cuba mencipta peluang dengan hantaran lintang. Brazil jelas agak ditekan dengan corak permainan seperti ini.
Minit ke-24 Neymar melakukan hantaran silang bahaya namun berjaya ditepis oleh Stojkovic.
Minit ke-28 Jesus menguji gol lawan dari jarak dekat namun percubaan beliau lemah. Serbia mulai ditekan dengan lebih kerap.
Brazil akhirnya memecah kebuntuan menerusi Paulinho yang menyempurnakan hantaran Coutinho. Satu hantaran yang sangat cantik.
Brazil menamatkan separuh masa pertama 1 gol di hadapan Serbia.
Bersambung babak kedua, Serbia cuba memperkemas rentak serangan mereka. Namun agak sukar untuk mereka masuk ke dalam kotak penalti lawan.
Minit ke-56 Coutinho melakukan hantaran diagonal menarik kepada Neymar. Sayangnya Neymar gagal menyempurnakan peluang gol.
Serbia kemudian memperbaiki rentak mereka dan mencipta beberapa peluang gol dnegan hantaran lintang. Milinkovic Savic dn Mitrovic mendapat peluang gol tetapi tiada penyudah.
Mitrovic kemudiannya melakukan tandukan bebas pada minit ke-65,namun tepat ke dakapan Allison.
Serbia dihukum sekali lagi pada minit ke-68 menerusi Thiago Silva yang menanduk masuk sepakan penjuru Neymar.
Thiago Silva has now scored six goals for Brazil; four of them have been assisted by Neymar.
Both of his World Cup goals (2014 & 2018) included. pic.twitter.com/ADDfJEMryr
— Squawka (@Squawka) June 27, 2018
Felipe Luiz kemudiannya melakukan sepakan deras yang gagal ditampan Stojkovic namun tiada tindakan susulan daripada pemain-pemain Brazil.
Neymar memiliki beberapa peluang pada 15 minit terakhir menerusi ‘fast break’, namun tiada penyudah. Ini termasuk situasi 1 lawan 1.
Gabriel Jesus juga terlepas peluang untuk menambah gol selepas gagal menyempurnakan peluang terbaik pada sebelum wisel penamat.
Perlawanan tamat 2-0 memihak kepada Brazil. Serbia terpaksa menerima hakikat bahawa lawan mereka jauh lebih baik hari ini. Brazil akan meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati
Brazil akan menentang Mexico pada peringkat 16 pasukan akhir. Paginya anda masih ingat aksi Ochoa menentang Brazil 4 tahun lali.