Brazil Hadapi Masalah Keyakinan Pemain Walaupun Menang Semua Perlawanan Kelayakan

Skuad Brazil dibawah kendalian jurulatih Tite nyata memberikan impak berkualiti.

Taring yang selama ini tumpul kembali menjadi tajam selepas rekod mereka dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan cukup cemerlang.

Dari 8 perlawanan, Brazil menang 8 dan menjaringkan 22 gol sambil hanya bolos 2 sahaja.

Tite telah berjaya membawa sinar kejayaan buat Brazil selepas menjadi jurulatih kepada skuad Samba itu.

Hal ini nyata menggembirakan penyokong Brazil, namun satu perkara menjadi kegusaran – kepercayaan para pemain.

Satu masalah

Walaupun menang, namun satu perkara yang menjadi masalah Tite dan barisan kejurulatihan mereka adalah masalah kepercayaan.

Kepercayan daripada siapa? Dari pemain mereka sendiri

Hal ini kerana, sejak menjuarai Piala Dunia 2002 Brazil mengalami kempen Piala Dunia yang tidaklah begitu baik.

Kempen pada 2006 dengan skuad yang dibarisi ketika itu mampu menjulang gelaran dunia gagal untuk menghidupkan jangkaan tinggi peminat ketika itu.

Begitu juga dengan skuad Piala Dunia 2010 juga gagal memberikan pulangan yang dinantikan peminat.

Beraksi di laman sendiri ketika Piala Dunia 2014, Brazil hampir saja ke perlawanan akhir namun mereka dimalukan cukup teruk apabila tewas 7-1 di tangan Jerman di separuh akhir.

Kegagalan demi kegagalan nyata menghakis sedikit demi sedikit kepercayaan pemain Brazil sendiri untuk beraksi cemerlang.

Malah ini juga telah menghakis sedikit demi sedikit rasa kepercayaan dan hormat dari media dan penyokong Brazil.

Namun selepas Tite mengambil alih, rekod baik mereka di peringkat kelayakan berjaya memberikan sedikit sinar yang pasukan mereka sudah mula temui rentak.

Kini mereka sudah menang, ia belum cukup untuk memastikan moral pasukan berada dalam tahap tertinggi.

Barisan kejurulatihan skuad Brazil sudah adakan satu mesyuarat antara mereka untuk memastikan perasaan gembira sentiasa ada dalam diri para pemain.

“Kini mereka sudah menang, tugas mereka sekarang adalah untuk memastikan kemenangan itu berterusan dan pemain terus bermoral tinggi.”

Moral para pemain Brazil luntur sejak perisitiwa 7-1 ketika Piala Dunia dan ia belum lagi pulih sehingga kini.

Keyakinan untuk pasukan Brazil kembali hebat seperti dulu tidak dilontarkan oleh peminat atau media mereka sendiri. Sebaliknya ia datang dari penyokong Uruguay.

Menyaksikan pasukannya dibelasah 4-1 oleh Brazil tempoh hari, beliau menzahirkan keyakinan Brazil yang dahulunya mantap sudah pun kembali.

“Brazil kini telah kembali. Jika Tite berterusan menjadi jurulatih Brazil maka mereka ada peluang untuk juara dunia.”

“Kini Brazil sudah kembali jadi pasukan yang digeruni.”

Anda pula bagaimana? Adakah Brazil sudah kembali?

Baca juga: KNVB Memecat Danny Blind Selepas Kekalahan Belanda Di Tangan Bulgaria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN