Brahim Diaz mencipta sejarah tersendiri dalam karier sebagai pemain bola sepak apabila menjadi pemain termuda yang pernah meraih kejuaraan liga di liga utama Eropah.
Pemain perancang berusia 22 tahun itu kini beraksi secara pinjaman bersama AC Milan dari Real Madrid, menambah koleksi kejuaraan Serie A bersama kelab angkatnya itu pada awal pagi tadi.
Diaz kini adalah pemain termuda dan pemain pertama dari Sepanyol yang menjuarai tiga kejuaraan liga dari liga utama Eropah – Premier League (EPL), La Liga, dan kini Serie A.
Premier League: ✅
La Liga: ✅
Serie A: ✅Brahim Diaz becomes the third player to conquer England, Spain and Italy. He’s only 22 🥇 pic.twitter.com/HyoN2gP8OL
— B/R Football (@brfootball) May 22, 2022
Hanya ada dua pemain pernah melakukan yang sama sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo dan Danilo.
Seperti Brahim, Ronaldo juga memulakan siri kejayaan di England, tetapi bersama Manchester United, sebelum menyertai Real dan kemudiannya Juventus.
Danilo pula meraih kejayaan ketika bersama Real, sebelum menyertai Manchester City dan kemudiannya Juventus.
Diaz memulakan musim 2017/18 di EPL bersama City. Walaupun hanya tampil 49 minit daripada lima perlawanan, ia sudah cukup untuk menjadikannya menerima medal kejuaraan di liga yang dilabel paling sukar di dunia.
Pada 2020, Diaz turut menyumbang dan membantu Real muncul juara apabila tampil dalam enam perlawanan untuk merekodkan 130 minit masa permainan.
Sepanjang tempoh itu, beliau sempat menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol untuk Los Blancos.
Beraksi untuk musim kedua bersama Milan pada musim ini, Diaz membuktikan kemampuan dirinya apabila menyumbang empat gol dan empat bantuan daripada 31 penampilan untuk pasukan itu meraih kejuaraan.
Ini menjadikan dirinya sebagai pemain termuda meraih tiga kejuaraan di tiga negara berasingan pada usia 22 tahun, 9 bulan dan 19 hari.