Bradley Wright Phillips: Terbuang di Tanah Air, Dijulang di Tanah Asing

Apabila nama dan karier bapa dikenali dunia, sudah pasti tumpuan terarah kepada anak-anak yang mengikuti jejak langkah si bapa.

Itu terjadi kepada Bradley dan abangnya, Shaun. Shaun mempunyai karier baik di Chelsea dan Manchester City serta pernah memenangi trofi.

Bradley pernah beraksi seketika di Manchester City sebelum berhijrah ke Southampton, Plymouth Argyle dan Charlton Athletic.

Panggilan Amerika

New York Red Bulls menawarkan tempat kepada Bradley Wright-Phillips. Beliau menyahut panggilan itu pada 2013 dan berpindah ke Amerika Syarikat.

Anak Ian Wright itu diberikan jersi bernombor 99.

Karier 5 tahun lebih di New York itu memberikan kejayaan buat Bradley. Beliau memenangi 3 kali Supporters Shield bersama kelab itu.

Bantuan

Kejayaan Red Bulls memenangi Supporters Shield disebabkan gol yang disumbangkan Bradley. 108 gol telah dijaringkan beliau dalam saingan Major League Soccer.

Menariknya, beliau menjadi pemain pertama menjaringkan 20 gol dan lebih selama 3 musim. Bradley juga menjadi penjaring gol ketiga terbanyak dalam saingan Major League Soccer.

Beliau pernah bermain bersama beberapa pemain terkenal seperti Thierry Henry dan Tim Cahill. Abangnya, Shaun pun bersama di New York selama dua musim.

Kini Shaun bersama Pheonix Rising dalam saingan United Soccer League (USL).

Kenangan

Suka ya! Sumber: USA Today dan SB Nation.

New York Red Bulls mengambil keputusan untuk merehatkan nombor 99 untuk kenangan. Selepas ini, tidak ada pemain akan menggunakan nombor itu sama ada daripada akademi hinggalah pasukan utama.

Malah, kelab itu mengadakan upacara ringkas untuk Bradley Wright-Phillips. Pemain itu turut memberikan ucapan ringkas pada upacara tersebut.

Beliau dikenang sebagai legenda dan wira kelab. Sekurangnya beliau mewarisi kehebatan bapanya di tanah asing, bukan tanah air sendiri.

Cuma satu trofi sahaja yang belum dimenangi, MLS Cup!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN