Seperti komennya sebelum perlawanan, Brad Maloney rasa bertuah apabila skuad B-22 negara berjaya mencipta satu jaringan untuk mengatasi Laos dengan keputusan 1-0 dalam aksi pertama, petang tadi.
Ia merupakan langkah kanan buat skuad kendaliannya dalam saingan kelayakan Piala Asia B-23 untuk aksi Kumpulan J. Dalam satu lagi aksi, Thailand dan Mongolia terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.
Kata Brad Maloney, Laos sudah menunjukkan peningkatan yang baik terutama skuad remaja dan sering memberi kesukaran buat pasukan negara sejak beberapa tahun lalu. https://t.co/Rx7RKkSo4e
— Utusan Malaysia (@UMonline) October 25, 2021
Semalam, Brad Maloney telah menyatakan yang Loas bukanlah pasukan yang mudah untuk dibolosi kerana sejak kebelakangan ini, mereka menunjukkan yang mereka mampu beraksi sangat baik. Buktinya, dalam aksi kelayakan edisi sebelum ini, Malaysia turut bergelut dan hanya mampu menang dengan keputusan yang sama.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika itu menang 1-0 hasil jaringan penyerang sensasi, Safawi Rasid.
Katanya dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir, “Seperti yang telah dijangkakan, ia perlawanan yang sukar dan aksi kompetitif telah dipamerkan oleh Laos. Mereka sentiasa lawan yang sukar untuk ditewaskan.”
Kelayakan AFC B-23: Malaysia Menang Tipis Ke Atas Laoshttps://t.co/TS4xqVBwI0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 25, 2021
“Mereka adalah pasukan yang bagus. Kami cukup bertuah dapat menjaringkan satu gol dalam perlawanan ini,” tegas Brad Maloney lagi mengenai perlawanan tersebut yang jelas lega ia memihak kepada skuad negara.
Malaysia mengawal perlawanan dengan baik, cuma masalah sangat dirasai di kawasan final third apabila mereka sukar untuk memecah tembok kebal yang dibina oleh Laos. Segala pergerakan mereka mudah dipatahkan terutamanya gerakan yang cuba dicatur oleh kapten, Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran.
Gandingan mereka berdua berjaya menguasai kawasan middle third dan menyukarkan pergerakan Laos.
Malaysia yang menguasai perlawanan dilihat gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk memenangi perlawanan dengan keputusan lebih besar, namun keputusan ini sudah cukup melegakan skuad negara.
Kemasukkan tenaga baharu di pertengahan babak kedua seolah-olah memberi nafas baharu buat Harimau Muda apabila pemain gantian Quentin Cheng berjaya mengumpan cantik bola ke dalam kotak penalti dan seterusnya disambar dan disudahkan oleh Azfar Fikri pada minit ke-68 untuk gol tunggal perlawanan.
“Kami membuat pertukaran pemain di babak kedua dan saya rasa mereka memberi sumbangan yang bagus. Dan assist gol itu hadir daripada salah seorang pemain gantian [Quentin Cheng]. Menarik untuk dilihat apabila berlaku perubahan kepada keputusan selepas pertukaran pemain dilakukan,” ungkap Brad Maloney lanjut.
Ditanyakan apa lagi perubahan yang dilakukannya, Brad Maloney menegaskan tiada perubahan besar yang dilakukan oleh skuad negara, “Kami cuma kekal dengan permainan kami dan sepanjang perlawanan, corak permainan kami tidak banyak berubah sehingga kami membuat sedikit perubahan pemain dalam padang.”