Brad Maloney Jelaskan Identiti Permainan Dan Masa Depan Bola Sepak Malaysia

Ketua jurulatih B-18 Malaysia, Brad Maloney menegaskan Malaysia telah berjaya dalam pusingan kelayakan kali ini kerana identiti permainan dan falsafah yang diterapkan.

Brad Maloney menyatakan semua ini memerlukan ketelitian dalam perancangan. Beliau berjumpa dengan Presiden FAM, setiausaha FAM serta Datuk Ong Kim Swee untuk membentuk identiti permainan.

Maka tak hairanlah anda melihat Malaysia bermain dengan sistem back three dalam pusingan kelayakan kali ini.

Malaysia layak ke pusingan akhir Piala AFC B-19 edisi 2020 di Uzbekistan.

Malaysia menamatkan pusingan kelayakan dengan rekod kemenangan 100%.

Ia kelayakan yang sukar

Brad Maloney berkata: “Kelayakan kali ini sangat hebat dan sangat sukar serta beberapa halangan.”

“Namun anda saksikan pada perlawanan ini, berhadapan denga Thailand, kami cuba menang dan bermain dengan falsafah bola sepak kami, serta keputusan positif juga yang kami capai.”

“Kami tidak menukar cara kami bermain. Kami bermula dengan gaya permainan kami adalah sama. ”

“Kami tidak hanya menunggu dan bertahan. Kami mengekalkan corak permainan kami sepanjang pusingan kelayakan kali ini. Dan para pemain akhirnya mendapat ganjaran daripadanya.”

Ini DNA kami

“Saya boleh lihat para pemain gembira [menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik Asia] dengan pencapaian itu.”

“Berbalik kepada beberapa bulan yang lalu, saya duduk bercakap dengan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Presiden, Datuk Hamidin, serta ketua jurulatih beliau, Ong Kim Swee.”

“Dan kami ada perbicangan yang positif tentang identiti permainan yang kami mahu ketengahkan.”

“Kami kemudian bekerja untuknya dalam beberapa minggu terakhir. Dan hari ini para pemain benar-benar mempamerkan keupayaan mereka.”

Masa depan bola sepak Malaysia 

“Dan secara peribadi saya katakan, jika para pemain ini meneruskan aksi mereka di dalam bola sepak Malaysia, saya yakin, masa depan bola sepak Malaysia adalah di ‘tangan’ orang yang betul.”

“Para pemain ini memiliki masa depan yang cerah.”

“Tentang formasi, saya sudah katakan tadi. Kami sudah berbincang tentang identiti permainan yang kami mahu terapkan dan mainkan dengan kumpulan pemain-pemain ini.”

“Para pemain mengadaptasinya dengan sangat cepat. Mereka melakukannya dengan sangat baik dalam setiap perlawanan yang kita bermain di sini.”

“Mereka bermain dengan cara yang kami rancang di pusat latihan. Dan ianya menuntut kerja yang sangat keras untuk kami sampai ke tahap kami ada sekarang.”

“Umar melakukan gol yang sangat baik. Kita kerap bercakap tentang beberapa orang pemain tertentu. Dan Umar Hakeem tidak begitu mendapat kredit. Beliau pemain yang sangat bekerja keras setiap kali beliau bermain untuk kami.”

“Dan sekali lagi, pemain seperti Umar mendapat manfaat daripada corak permainan kami. Beliau melaksanakan tugasnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN