Brad Maloney Harus Atasi Masalah Ketumpulan Serangan Sebelum Piala Asia B-23 Bermula

Brad Maloney

Secara keseluruhan pasukan Brad Maloney kali ini nampak lebih stabil untuk menghadapi saingan di Sukan SEA. Cuma masih terdapat kelemahan yang jelas dalam skuad negara yang perlu ditangani.

Malah, kelemahan tersebut menjadi faktor disebalik skuad negara gagal mengutip sebarang pingat dalam edisi kali ini.

Malaysia menerapkan permainan tekanan pantas (counter-pressing) terhadap lawan sehingga menyukarkan pihak lawan membina rantaian serangan daripada bawah.

Namun, kelemahan utama adalah aspek serangan yang kelihatan masih tumpul dan bergelut untuk menghadirkan jaringan kepada skuad negara.

Dalam perlawanan yang berintensiti tinggi di separuh akhir bertemu Vietnam, nyata skuad negara tiada taring untuk membina gerakan-gerakan serangan ke kubu lawan.

Sama ada ia adalah taktikal jurulatih untuk bertahan 120 minit atau sememangnya pemain kehilangan idea untuk melakukan gerakan ke atas pertahanan lawan.

Kelemahan tersebut sangat ketara dalam perlawanan penentuan pingat gangsa semalam. Meskipun menguasai permainan secara keseluruhan, tetapi ia tidak mampu mengubah keputusan yang lebih baik kepada pasukan kebangsaan.

Indonesia kehilangan arah untuk mengawal perlawanan kerana pemain negara melakukan tekanan pada garisan tinggi (high pressing). Hasilnya, deretan peluang serangan dapat dibina di kawasan serangan (attacking third).

Walau bagaimanapun, ketumpulan penyudah barisan hadapan masih membelenggu pasukan. Kemasukan Luqman Hakim dan Hadi Fayadh juga tidak merubah apa-apa.

Peluang yang ada gagal dimanfaatkan dengan sempurna. Gol penyamaan juga hadir hasil biasan pertahanan lawan.

Perlu lebih klinikal

Kita perlu tampil lebih klinikal jika berhasrat untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam Piala Asia B23 Jun depan.

Dalam beberapa aksi di Sukan SEA ini, ketumpulan jentera serangan menjadi sesuatu yang dibahaskan terhadap skuad negara.

Walaupun fasa bertahan Malaysia lebih kukuh, namun ia tidak memberi apa-apa makna jika jentera serangan masih rapuh dan gagal menghasilkan jaringan kepada pasukan.

Luqman sendiri gagal menghadirkan impak yang diharapkan. Kelincahan pemain tersebut juga sedikit merosot.

Begitu juga Hadi yang telah berkelana sekian lama di Jepun, masih tidak nampak jelas garis peningkatan serangan beliau di bahagian atas.

Kegagalan mengutip sebarang pingat di Sukan SEA 2021 memerlukan penelitian semula terhadap keseluruhan kem. Maloney mungkin perlu memikirkan untuk memanggil pemain baharu bagi menajamkan jentera serangan negara.

Jika tidak, Malaysia akan terus bereksperimen dalam Piala Asia B23 yang bermula Jun depan dan harapan cerah untuk pulang dengan tangan kosong.

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan Hafiz Mansor. Jika anda ingin menghantar artikel kepada kami, lakukannya dengan menulis dengan tidak kurang daripada 300 patah perkataan dalam format MS Word kepada [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN