Menjelang hari terakhir sebelum pintu perpindahan ditutup, beberapa kelab berjaya menyelesaikan kemasukan pemain baharu pada saat-saat akhir bagi memperkuatkan pasukan masing-masing.
Berikut adalah senarai perpindahan saat akhir beberapa pemain berprofil tinggi yang dipilih oleh pihak SemuanyaBOLA.
Jarrod Bowen (Hull City – West Ham United)
Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, West Ham United mendapatkan pemain muda England, Jarod Bowen dari kelab Liga Kejuaraan, Hull City dengan nilai £20 juta.
Pemain berusia 23 tahun itu mengikat kontrak selama lima setengah tahun. Selama lima tahun bersama the Tigers, pemain tersebut telah pun membuat 131 penampilan dan menjaringkan 54 gol dalam semua pertandingan.
Sleep well, Hammers! #WelcomeJarrod pic.twitter.com/Th5rMaefFa
— West Ham United (@WestHam) January 31, 2020
Yannick Carasco (Dalian Yifang – Atletico Madrid)
Pemain sayap Belgium ini kembali ke pangkuan Atletico Madrid secara pinjaman sehingga akhir musim ini selepas berkelana di China selama dua tahun.
Carasco telah pun memulakan latihan bersama rakan sepasukan dan dijangka akan diturunkan dalam perlawan Diego Costa dijangkan tidak dapat beraksi kerana kecederaan.
Bersama Atletico pada 2015 hingga 2018, pemain berusia 26 tahun ini telah menjaringkan 23 gol dalam 124 perlawanan.
[📽 💬] INTERVIEW
— Atlético de Madrid (@atletienglish) January 31, 2020
🏧 @CarrascoY21 is a Red & White!
🎙 "I'm very happy to come back home."
🤗 #WelcomeCarrasco | 🔴⚪ #AúpaAtleti pic.twitter.com/cvawth5nMq
Kaisuke Honda (Vitesse – Botafogo)
Pemain veteren Jepun ini dilaporkan menyertai kelab yang berpangkalan di Rio de Janeiro berkenaan dari Vitesse dengan kontrak selama 11 bulan.
Honda sebelum ini pernah beraksi dengan CSKA Moscow dan AC Milan dan kini juga merupakan pengurus pasukan kebangsaan Kemboja.
Media Brazil melaporkan, Honda telah meminta Botafogo menyediakan kereta kalis peluru sebelum bersetuju menyertai kelab tersebut kerana isu jenayah yang tinggi di bandar berkenaan.
Botafogo have signed Keisuke Honda from free transfer. pic.twitter.com/wWgxOdjeCV
— FOOTBALLFANSSTUFF (@officialffsnews) February 1, 2020
Panos Retsos (Bayer Leverkuson – Sheffield United)
Pemain antarabangsa Greece ini menjadi pemain kelima yang tiba di Bramall Lane sepanjang musim perpindahan Januari ini menyertai Sender Berge, Richairo Zivkovic, Jack Robinson dan Jack Rodwall.
Pengendali The Blades, Chris Wilder berkata, Panos merupakan pemain muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam kariernya dan pengalaman di England akan mematangkan pemain tersebut.
Retsos sebelum ini mengalami kecederaan dan diharapkan Sheffield mampu memberikan beliau minit permainan yang cukup untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.
“Dia muda, berbakat dan telah menarik perhatian kami sejak sekian lama,” kata Wilder.
Pemain berusia 21 tahun itu dibeli oleh Leverkuson dari Olympiakos pada 2017 dengan nilai £16 juta dan telah dilabel oleh legenda Jerman, Rudi Voller sebagai ‘bakat istimewa’.
Retsos is a Blade ✍️ pic.twitter.com/ftL8TTw3AY
— Sheffield United (@SheffieldUnited) January 31, 2020
Angelino (Manchester City – RB Leipzig)
Pemain berusia 23 tahun ini tiba di Red Bull Arena secara pinjaman sehingga penghujung musim ini dengan pilihan untuk pembelian secara tetap bernilai €30 juta.
Selepas beraksi cemerlang bersama PSV Eindhoven, City mendapatkan semula pemain kelahiran Sepanyol itu dengan hanya £5.2 juta selepas mengaktifkan klausa beli semula pada musim panas yang lepas.
Beliau telah membuat 12 penampilan untuk City pada musim ini.
Bienvenido, @angel_tasende69! 🇪🇸🤗
— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) January 31, 2020
Our newest 'Toro' joins us on loan until the end of the season from @ManCity ✍️🐂
🔴⚪ #DieRotenBullen pic.twitter.com/qcLamqTwCo
Ianis Hagi (Genk – Rangers)
Anak kepada legenda Romania, Gheorghe Hagi ini menyertai Rangers secara pinjaman selama enam bbulan sehingga penghujung musim ini.
Bercakap mengenai kehebatan ayahnya, Ianis berkata semua orang akan cuba membandingkan mereka berdua, tetapi beliau percaya kualiti yang beliau miliki akan menentukan hala tuju kariernya.
Gheorghe Hagi merupakan bekas pemain Real Madrid dan Barcelona.
📝 @IanisHagi10 has today signed for #RangersFC on loan till the end of the season!
— Rangers StatZone (@RangersFCsz) January 31, 2020
The 21-year-old joins from Genk – after making 19 appearances this campaign for the Belgian side. ⚽ #SPFL pic.twitter.com/xKvNBMTHEc
Kevin Prince-Boateng (Fiorentina – Besiktas) Pinjaman
Maya Yoshida (Southampton – Sampdoria) Pinjaman
Pontus Dahlberg (Watford – FC Emmen) Pinjaman
Ryan Bennett (Wolves – Leicester) Pinjaman
Tariq Lamptey (Chelsea – Brighton)
Rolando Aarons (Newcastle – Motherwell) Pinjaman
Connor Wickham (Crystal Palace – Sheffield Wednesday) Pinjaman
Jonas Lossl (Everton – Huddersfield) Pinjaman