Bournemouth tidak pernah menang ke atas Arsenal dalam sejarah kelab mereka. Arsenal berkunjung ke Vitality Stadium tanpa Alexis Sanchez yang dikhabarkan mahu ke Manchester United, berdasarkan laporan The Guardian.
Pada separuh masa pertama Arsenal berjaya menekan Bournemouth. Namun pasukan tuan rumah juga memiliki peluang mereka tersendiri.
Bournemouth meminta penalti daripada pengadil selepas Iwobi dengan jelas menggunakan ‘contact’ tangan ke atas bola.
Arsenal di hadapan menerusi jaringan Hector Bellerin pada minit ke-52. Namun pada minit ke-70, Wilson menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan ke-100 beliau untuk Bournemouth.
Bournemouth terus memberikan masalah kepada Arsenal. Mereka berjaya mencipta 10 peluang, sama dengan pasukan Arsenal dalam perlawanan ini.
Namun mereka memiliki jumlah percubaan ke arah gol yang lebih banyak. Gol kemenangan bersejarah Bournemouth hadir pada minit ke-74 menerusi Jordon Ibe selepas beliau bijak mencipta ruang untuk menerima bola.
Arsenal jelas merindui inspirasi pemain seperti Alexis Sanchez di dalam padang. Tamat perlawanan Bournemouth menang 2-1 ke atas skuad Arsene Wenger.
Arsenal have now lost 3 of the 4 matches in the Premier League this season in which Alexis Sanchez was not playing.
Pivotal player. pic.twitter.com/Zeuw5iOQa8
— Squawka (@Squawka) January 14, 2018
Rekod di tempat lawan Arsenal terus merisaukan. Daripada 12 perlawanan di tempat lawan, mereka hanya menang 3. Tewas 5 kali dan seri 4 kali.
Bournemouth terus menunjukkan mereka adalah pasukan yang menggemari perlawanan dengan pasukan besar.
https://www.youtube.com/watch?v=c38A5zXz2ow