Kebangkitan Bournemouth!
Semalam AFC Bournemouth berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol iaitu pada kedudukan 0-2 kepada 1-2 dan 1-3 kepada 4-3.
Liverpool pastinya kecewa dengan keputusan tersebut lebih-lebih lagi selepas bolos 2 gol dalam masa 3 minit untuk jaringan ke-2 dan ke-3 Bournemouth.
Ia dianggap sebagai kebangkitan dalam EPL paling epik dalam sejarah The Cherries tersebut.
Selain daripada kebangkitan tersebut, kami senaraikan 10 lagi siri kebangkitan dalam EPL yang anda mungkin pernah tonton dan ingat.
1. Liverpool 3 Manchester United 3 – 22 Januari 1994
Kemenangan di gelanggang lawan oleh 2 seteru ini adalah satu perkara yang sangat indah jika berlaku. Manchester United mendahului perlawanan dengan kedudukan 3 gol di Anfield.
Ia hasil jaringan Denis Irwin, Steve Bruce dan bintang muda yang meningkat naik Ryan Giggs.
Namun Liverpool berjaya bangkit dengan 2 gol daripada Nigel Clough dan tandukan penyelamat oleh Neil Ruddock.
2. Liverpool 4 Newcastle 3 – 30 April 1996
Kedua-dua pasukan dalam usaha mengejar Manchester United. Newcastle mahu bangkit daripada prestasi teruk selepas mendahului liga dengan 12 mata sebelum itu.
Mereka jatuh selepas hanya menang 1 perlawanan dalam masa 4 bulan.
Liverpool mendahului seawal minit ke-2 menerusi Robbie Fowler. Newcastle bangkit dengan 2 gol hasil jaringan Les Ferdinand (10′) dan David Ginola (14′) untuk meletakkan mereka di hadapan dengan 2-1.
Fowler menyamakan kedudukan pada minit ke-55 namun Asprilla kembali meletakkan Newcastle di hadapan pada minit ke-57.
Dalam kedudukan 3-2, Stan Collymore menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68 dan gol kemenangan pada minit ke-92 (masa kecederaan).
3. Tottenham 3 Manchester United 5 — 29 September 2001
Tottenham Hotspurs mendahului 3 gol berbalas kosong pada separuh masa pertama. Namun United melakukan kebangkitan yang luar biasa bukan 3 gol tetapi 5 gol.
5 gol itu dihasilkan oleh Andrew Cole, Laurent Blanc, Ruud van Nistelrooy, Juan Sebastian Veron dan David Beckham.
Menariknya adalah pada temu ramah selepas perlawanan, pengurus Spurs Glen Hoddle mengemukakan alasan yang akan buat anda tersenyum. Beliau berkata:
“Kami kalah sebab mendahului sebelum rehat terlalu jauh.”
Mehh??
4. Arsenal 5 Middlesbrough 3 — 22 Ogos 2004
Ini antara perlawanan paling hampir untuk Arsenal mengakhiri rekod tanpa kalah mereka. Segalanya nampak sempurna untuk Arsenal dengan jaringan awal Thiery Henry.
Namun selepas itu mereka ketinggalan 1-3 selepas jaringan Desire Job 43′, Hasselbaink 50′, dan Queudrue 53.
Bergkamp menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-54 dan mereka tidak menoleh ke belakang lagi. 3 gol selepas itu menyusul hasil jaringan Reyes 65′, Pires 65′, dan Henry 90′.
Arsenal menyamai rekod Nottingham Forest dengan 42 perlawanan tanpa kalah.
5. Liverpool 4 Arsenal 4 — 21 April 2009
Ramai menggelarkan ia adalah perlawanan Arshavin dan mungkin memori terbaik Arshavin dengan Arsenal. Ia adalah perlawanan yang paling memainkan emosi penyokong kedua-dua pasukan.
Ashavin menjaringkan 4 gol dalam perlawanan ini. Namun masih belum cukup untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal selepas gol penyamaan Youssi Benayoun pada minit ke-90.
Ini adalah susunan gol dalam perlawanan ini:
Arshavin 36 (0-1) 67, 70, 90.
Torres 49′ (1-1)
Benayoun 56′ (2-1)
Arshavin 67′ (2-2)
Arshavin 70′ (3-2)
Torres 72′ (3-3)
Arshavin 90′ (4-3)
Benayoun 90’+ (4-4)
6. Arsenal 4 Newcastle 4 —5 Februari 2011
Ini antara perlawanan yang sangat epik. Arsenal mendahului dengan 4 gol hasil jaringan Walcott 1′, Djourou,3′ dan Van Persie 10′ 26′.
Selepas 68 minit ketinggalan 4 gol, Barton menjaringkan gol petama Newcastle pada minit ke-68 dan dianggap hanya gol sagu hati.
Namun segalanya semakin kurang menjadi untuk Arsenal selepas melepaskan 2 gol pada minit ke-75 dan penalti kepada Newcastle minit ke-84.
4 minit selepas penalti Joey Barton, pemain tengah Cheik Tiote melakukan cubaan screamer dari luar kotak penalti pada minit ke-88. Keputusan penuh 4-4 dan ia dianggap antara perlawanan paling klasik dalam EPL.
7. Manchester City 3 QPR 2 — 13 Mei 2012
Ia adalah perlawanan yang akan menentukan kejuaraan EPL buat kali pertama untuk City dalam tempoh 44 tahun. Jika menang mereka akan juara walau apa jua keputusan pesaing mereka, Manchester United.
Zabaleta meletakkan Citizen di hadapan minit ke-39, namun disamakan kedudukan oleh Djibril Cisse pada minit ke-48. Aksi cemerlang QPR terganggu selepas pemain mereka yang juga bekas pemain City dibuang padang.
QPR di hadapan menerusi jaringan pemain yang dalam prestasi terbaik dan rebutan banyak kelab ketika itu, Jamie Mackie.
Selepas berjuang tanpa putus asa, Man City menjaringkan 2 gol pada masa kecederaan untuk menang 3-2.
Anda mesti ingat keghairahan Martin Tyler mengulas dan menjarit nama — Aguuueeeroooo!
8. Crystal Palace 3 Liverpool 3 – 05 Mei 2014
Hari di mana Luis Suarez menangis selepas tahu akan peluang untuk menjuarai EPL sudah musnah.
Segalanya nampak sempurna untuk anak-buah Brendan Rodgers. Liverpool mendahului 3 gol dalam tempoh 53 minit perlawanan.
Delaney, pemain yang menyumbangkan 1 jaringan sendiri kepada Liverpool bejaya meletakkan Palace 1-3. Aksi magis pemain gantian, Dwight Gayle membuatkan harapan kejuaraan Liverpool musnah.
Gayle menjaringkan 2 gol untuk mengikat Liverpool 3-3. Ia juga musim terakhir Luis Suarez di Anfield.
9. Leicester City 5 Manchester United 3 — 21 September 2014
United mendahului dengan 2 gol awal. Namun sebelum rehat The Fox mendapat 1 gol hasil sepakan penalti Ulloa.
United dalam kedudukan 1-3 di hadapan selepas minit ke-57 hasil jaringan Hererra. Namun Leicester bangkit menjaringkan 4 gol.
Ia hasil jaringan Nugent (pen)62′, Cambiasso 64′ dan penyerang ‘kurang ternama’ ketika itu, Jamie Vardy minit ke-79.
Ia mungkin antara pencapaian terbaik dalam sejarah The Fox ketika itu sebelum sejarah lebih baik sudah pasti kejuaraan EPL musim lalu.
10. Swansea City 5 Crystal Palace 4 – 27 November 2016
Perlawanan dianggap paling dramatik setakat ini untuk EPL musim 2016/17. Palace merapatkan kedudukan kepada 3-2 pada minit ke 75.
Jaringan sendiri oleh Jack Cork membolehkan Palace menyamakan kedudukan 3-3. Benteke menjaringkan potensi gol kemenangan pada minit ke-84, Swansea 3 Palace 4.
Tidak disangka-sangka Fernando Llorente menjaringkan 2 gol pada masa kecederaan dan membolehkan Swansea menang perlawanan ini.
Pengulas secara langsung di laman web BBC menulis ini:
Itu antara 10 kebangkitan dalam EPL yang kami kongsikan selain daripada kisah kebangkitan Bournemouth ke atas Liverpool.
Anda ada perlawanan pilihan lain?
Baca juga : Ravers vs Hipsters: Kaitan Dua Budaya Ini Dengan Bola Sepak