Borussia Dortmund Untuk Man United: Nilai Jadon Sancho £100 Juta

Jadon Sancho Manchester United Transfer Target

Bintang muda, Jadon Sancho dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, namun mereka perlulah berani untuk keluarkan £100 juta dari bank mereka.

Ini kerana, Borussia Dortmund dikatakan akan cuba membuat kelab yang berminat berasa sukar untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 20 tahun itu walaupun mungkin ada yang sanggup membayar nilai perpindahan yang telah diminta.

Tiada yang mampu

Ketua pegawai eksekutif kelab, Hans-Joachim Watzke dipetik dengan yakin berkata, “Saya rasa tiada kelab yang sanggup membayar harga [£100 juta] tersebut.”

“Namun, jika Sancho datang kepada kami dan meminta untuk berpindah tidak kira apa yang berlaku – yang mana pastinya tidak akan berlaku – dan ada yang menawarkan nilai yang kami minta, kita akan berbincang mengenainya,” jelasnya kepada Sport1.

Bintang kelahiran akademi Manchester City itu adalah antara pemain muda yang sedang meningkat naik di dalam dunia ketika ini dan telah tampil 99 kali bersama Dortmund serta meledak 34 gol sejak menyertai kelab tersebut pada musim 2017.

Dengan prestasi cemerlangnya bersama BVB musim ini, sememangnya sukar buat kelab tersebut untuk melepaskannya dan mereka berharap nilai tersebut akan mampu membuat gergasi-gergasi Eropah yang berminat, tawar hati untuk dapatkannya.

Ed Woodward: Letak nilai berpatutan

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dalam responnya mengenai perpindahan Sancho telah menyatakan semua kelab haruslah realistik mengenai yuran perpindahan pemain ketika dunia dilanda pandemik ketika ini.

Sepatutnya, Manchester United pastinya tiada masalah untuk membayar nilai tersebut berbanding kelab lain, namun akibat pandemik yang melanda dunia kini, Woodward mengakui yang segala bisnes akan sedikit berlainan daripada sebelum ini.

“Seperti biasa, kejayaan pasukan adalah keutamaan kita. Sebelum kembali kepada normal, kita perlu melihat impak kepada industri kita ini seluruhnya, termasuk tempoh masa jendela perpindahan dan keseluruhan gambaran kewangan kita saat ini.

“Atas dasar itu, saya merasakan yang spekulasi perpindahan pemain dengan nilai ratusan juta pound pada ketika ini, telah mengetepikan realiti yang dilalui dunia sukan ketika ini,” tambah Woodward lagi ketika forum bersama penyokong sebelum ini.

Bagaimana untuk realisasikannya?

Walaubagaimanapun, jika The Red Devils masih berminat dan mahu merealisasikan perpindahan ini, mereka perlu berani menawarkan harga tersebut. Dan, bagaimana mereka mahu medapatkan wang untuk membiayai harga tidak masuk akal itu?

Menurut laporan Mirror, Manchester United perlulah menjual dan melepaskan lima pemain mereka musim ini agar mereka dapat membiayai nilai Jadon Sancho. Alexis Sanchez adalah nama pertama yang disebutkan di dalam artikel tersebut.

https://twitter.com/pauldutton1968/status/1277050819662077954

Selain ‘pemain piano’ itu, seorang lagi pemain yang turut berada di Serie A, Chris Smalling dijangkakan tiada masalah untuk dijual pada harga £15 juta. Pemain ketiga di dalam senarai tersebut adalah pertahanan, Phil Jones yang bernilai sekitar £5 juta.

Seterusnya, Mirror turut merasakan yang Jesse Lingard seharusnya dilepaskan dan mungkin Manchester United mampu meraih £20 juta untuk pemain berusia 27 tahun itu. Dan akhir sekali adalah pemain tengah, Andreas Pereira yang kian tersisih.

Penutup

Walaupun dikatakan Sancho ada memberikan petanda yang beliau mungkin sedang memikirkan penghijrahan kembali ke Premier League, adakah mana-mana kelab yang mampu memberikan tanda harga yang telah diletakkan Dortmund untuknya?

Adakah Sancho berbaloi untuk berterusan dikejar dan siapakah lagi pemain yang wajar dipertimbangkan oleh Ole Gunnar Solskjaer untuk digugurkan di jendela perpindahan?

KREDIT FEATURED IMAGE: STEPHEN HOWSON

Baca lagi artikel lain mengenai Jadon Sancho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN