Borussia Dortmund Rancang Bina Akademi Bola Sepak Terbesar Asia Di Vietnam

Kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund merancang untuk membuka sebuah akademi bola sepak – yang terbesar di rantau Asia Tenggara – di Vietnam.

Akademi bola sepak itu akan dibina di tanah seluas 30 hektar yang terletak kira-kira 40km dari Hanoi. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku ketiga 2022, dan akademi bola sepak yang akan memanfaatkan bakat-bakat muda dari seluruh Vietnam ini akan mulai digunakan pada suku ketiga 2023.

Perjanjian di antara Borussia Dortmund dengan syarkat tempatan, Kumpulan Next Media telah dimeterai secara atas talian untuk tujuan pembinaan akademi itu.

Malah di bawah program tersebut, bakat-bakat muda dari Vietnam turut akan berpeluang menyertai Borussia Dortmund untuk mengembangkan bakat masing-masing di Jerman.

Melalui usahasama tersebut, Borussia Dortmund akan memberi khidmat kepakaran dan membentuk program di akademi tersebut untuk membentuk pemain-pemain Vietnam sesuai dengan corak permainan moden pada hari ini.

“Kini kami berpeluang untuk ke Vietnam dan bekerja bersama pemain-pemain muda di Vietnam,” ujar Benedikt Scholz yang merupakan Pengarah Pemasaran Antarabangsa Borussia Dortmund dalam sidang media selepas majlis menandatangani persefahaman dengan Next Media.

“Kami menyedari rakyat Vietnam amat sukakan bola sepak. Anda juga mempunyai bakat, perasaan kasih sayang, dan perkara itu terus berkembang.

“Oleh itu, kelab [Borussia Dortmund] tidak mempunyai sebab untuk tidak melihat kepada nilai pasaran di Vietnam. Kami kini memberikan fokus untuk memberikan informasi dan teknik kepada Next Media, iaitu rakan kerjasama kami, selain latihan. Kami tidak sabar mengaplikasikan apa yang terbaik di Dortmund kepada anda di Vietnam.”

Borussia Dortmund pada musim lalu menduduki tangga ketiga Bundesliga Jerman dan merupakan salah sebuah kelab di Eropah yang terkenal di dalam pembangunan bakat muda.

Antara pemain muda yang beraksi bersama skuad utama Borussia Dortmund pada hari ini adalah Erling Haaland, Jude Bellingham, Gio Reyna, Youssoufa Moukoko, Immanuel Pherai dan ramai lagi.

Perkembangan bola sepak di Vietnam semakin meningkat sejak tujuh tahun lalu dan merupakan pasukan tunggal dari Asia Tenggara yang menduduki 100 kedudukan teratas ranking FIFA.

Kejayaan Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menstruktur semula bola sepak di negara tersebut telah berjaya melahirkan generasi pemain baharu yang berkuaiti sehingga mampu layak ke Kejohanan Piala Dunia B-20 pada 2018 yang lalu.

 

Baca artikel-artikel menarik lain mengenai bola sepak Vietnam:

Vietnam Manfaat Teknologi Di Korea Selatan Sebelum Kejohanan AFC B-23

Hasil Kerja Park Hang-Seo Bersama Vietnam Jadi Kebanggaan Korea Selatan

Penstrukturan Bola Sepak & Pembangunan Bakat Muda Asas Kebangkitan Vietnam

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN