Borussia Mahu Emre Can Selepas Jual Alcacer

Kehadiran Erling Braut Haaland ke dalam pasukan Borussia Dortmund telah memberikan isyarat bahawa, pemain lain seperti Paco Alcacer dalam bahaya untuk kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Paco Alcacer sebelum ini menyertai Borussia Dortmund kerana mahu mendapatkan minit perlawanan yang banyak, bagi membolehkan beliau menyusup masuk ke dalam pasukan Euro 2020, Sepanyol.

Permulaan yang cemerlang Erling Haaland dalam dua perlawanan pertama di Dortmund membuatkan Paco Alcacer telah memutuskan untuk kembali semula ke Sepanyol.

Borussia Dortmund mengesahkan bahawa Paco Alcacer kembali beraksi di Liga Sepanyol untuk menyertai Villareal.

https://twitter.com/EnockKobinaEsse/status/1222937837395464192

Villareal dilaporkan membayar sekitar €30 juta termasuk bayaran bonus untuk mendapatkan khidmat Alcacer – hanya selepas 18 bulan beliau beraksi di Jerman.

Alcacer setuju dengan kontrak sehingga 2025 bersama dengan Villareal.

BvB dalam kenyataan mereka berkata: “Kami ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Paco Alcacer di atas sumbangan beliau sepanjang menyarung jersi Dortmund.”

“Dan kami mendoakan beliau sentiasa sihat dan mencapai yang terbaik dalam kariernya pada masa akan datang,” jelas Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.

Paco Alcacer sebelum ini bermain untuk Valencia. Beliau kemudian menyertai Barcelona pada 2018, dan segalamnya serba tak menjadi di Nou Camp.

Alcacer menghidupkan semula kariernya di Borussia Dortmund. Beliau menjadi salah seorang penyerang prolifik di Eropah pada musim lalu. Namun masalah utama Alcacer adalah rekod kecederaannya yang agak kerap.

Dengan wang hasil jualan Paco Alcacer, Borussia Dortmund kini sedang berusaha untuk membeli Emre Can dari Juventus.

Mereka berharap akan dapat menyelesaikan perpindahan pemain itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Borussia Dortmund mahu menguatkan lagi bahagian tengah pasukan mereka. Situasi Can di Juventus diharap akan dapat membantu memudahkan lagi usaha mereka membawa pemain itu pulang ke Jerman.

Sebelum ini Emre Can sudah memberitahu Juventus untuk mempertimbangkan sebarang tawaran untuk beliau.

Can kecewa kerana namanya tidak didaftkarkan dalam pasukan UCL – Juventus musim ini.

Beliau membuat kritikan terbuka kepada Maurizio Sarri dan menuduh pengurus itu sebagai putar belit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN