Borussia Dortmud Ikat Emre Can Secara Tetap

Selepas hanya 18 hari menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman dari Juventus, Emre Can tidak perlu menunggu sehingga penghujung musim untuk meyakinkan kelab Jerman tersebut untuk mengikatnya secara tetap.

Pemain kebangsaan Jerman itu telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai perpindahan sebanyak €25 juta.

Can beraksi cemerlang dalam empat perlawanan untuk Dortmund setakat ini dan telah menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya.

Penampilan pertamanya bersama Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan kecemerlangannya membantu pasukan menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 di Signal Iduna Park.

Dua gol Dortmund dijaringkan oleh penyerang muda sensasi mereka Erling Braut Haaland manakala PSG pula mendapatkan gol menerusi Neymar.

Bekas pemain tengah Liverpool itu sering disisihkan oleh Maurizio Sarri ketika bersama Juventus dan hanya dua kali memulakan perlawanan dalam saingan Serie A.

https://twitter.com/footbalsta_/status/1229864987096748032?s=20

Can meninggalkan Liverpool dan menyertai juara Itali itu secara percuma pada Jun 2018. Beliau sebelum ini pernah beraksi untuk dua kelab Jerman iaitu Bayer Leverkusen dan Bayern Munich.

Dortmund yang merupakan naib juara Bundesliga musim lepas akan menjadi platform penting untuk Can kembali pada prestasi terbaiknya agar dapat dipilih untuk skuad Jerman yang akan beraksi di Euro 2020 pada Jun ini.

Dortmund juga kini sedang memburu kejuaraan Bundesliga dan menduduki tangga kedua dengan hanya empat mata di belakang Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN