Skandal Bookie: Khairul Anuar Baharum Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM50,000

Khairul Anuar Baharum yang sebelum ini menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam bookie bola sepak.

Hari ini, dia telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan tiga orang penjamin. Keputusan itu dibuat oleh Majistret Nik Ishafnie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Ianya selepas Khairul direman selama 7 hari di bawah Seksyen 16 (b), Akta SPRM 2009 kerana disyaki mengatur perlawanan melibatkan pasukan MISC-MIFA.

Perintah tahanan reman ke atas Khairul Anuar Baharum bermula pada 15 April 2017 lalu dan berakhir pada hari ini, 22 April 2017.

Khairul Anuar Baharum ketika menyarung jersi Selangor.

Sebelum ini, bola sepak Malaysia digemparkan dengan berita Khairul Anuar Baharum yang dikaitkan menjadi dalang bookie berikutan penahanan 3 pemain MISC-MIFA.

Pemain-pemain tersebut (termasuk seorang pemain import) dikatakan menerima suapan bernilai di antara RM10,000 sehingga RM30,000.

SPRM membuat hebahan umum di laman rasmi mereka meminta Khairul Anuar menyerah diri. Beberapa hari kemudian, Khairul berbuat demikian dengan diiringi peguam.

Rasuah isu mustahak

FAM, FMLLP dan SPRM kini sedang giat menjalinkan kerjasama untuk membanteras gejala tidak sihat ini daripada menjadi barah dalam bola sepak kita.

Ianya antara agenda yang diberikan sudut pandang yang penting oleh FAM dan badan pengelola Liga Malaysia, FMLLP.

Terbaru, Presiden FAM mencadangkan agar lebih ramai anggota SPRM memantau aktiviti pasukan-pasukan yang bertanding di dalam liga domestik. Ini termasuk melakukan pemantauan di pusat latihan.

Beberapa pasukan turut mengambil langkah pro-aktif termasuk melakukan ikrar bebas rasuah di hadapan pegawai SPRM.

Baca juga: Khairul Annuar Baharum Serah Diri Kepada SPRM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN