Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini dikhabarkan sedang menyiapkan bonus untuk skuad kebangsaan bawah 16 (B-16) mereka, selepas kejayaan pasukan tersebut menjuarai Piala AFF B-16.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Umum PSSI iaitu Mochamad Iriawan apabila beliau menyatakan jumlah keseluruhan bonus untuk skuad tersebut bernilai 750 juta rupiah (RM223858).
Satu kata untuk Tim U16 Indonesia? ❤️🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/PUIddJc4Qe
— PSSI (@PSSI) August 12, 2022
Jumlah itu termasuk 500 juta rupiah (RM151574) yang bakal diberikan selepas perlawanan akhir semalam ketika mereka menewaskan Vietnam.
“Bonus pertama kami sudah berikan sebelum itu dengan berjumlah 100 juta rupiah, selepas itu diberikan lagi 150 juta rupiah buat pasukan. Kini, kami akan memberi lagi 500 juta rupiah kepada mereka,” ujar Iriawan menerusi Bola.com.
Indonesia muncul selaku juara bagi saingan Piala AFF B-16 musim 2022 setelah mereka menewaskan Vietnam dengan keputusan 1-0 di Stadium Maguwoharjo, Jumaat lalu.
Iriawan jelas merasa sangat bangga dengan prestasi yang ditampilkan skuad tersebut pada aksi final apabila disifatkan beliau berjaya membuatkan para penyokong gembira.
Our coach, Bima Sakti! 🫶#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/Ov6FYmm43X
— PSSI (@PSSI) August 13, 2022
“Kepada para pemain, corak permainan anda semua sangat bagus. Terima kasih buat pengendali, Bima Sakti yang telah memberikan segalanya terbaik buat pasukan.
“Masih saya ingat pesanan diberikan buat beliau, pasukan ini perlu beraksi dengan sangat terbaik dan harus memberi kebanggaan buat Indonesia,” jelas Iriawan lagi.
Pada masa sama, Iriawan juga menyatakan mereka kini mempunyai perancangan jangka masa panjang buat skuad tersebut tidak lama lagi dalam terus memantapkan pasukan.
Disebabkan rata-rata pemain masih lagi muda dan bawah usia 16 tahun, maka karier mereka perlu dijaga dengan baik sebelum mencecah umur sebagai pemain profesional.
Antara perancangan yang sedang dibuat kini termasuklah membawa para pemain ini latihan pusat di mana-mana negara Eropah. Namun setakat ini, PSSI masih lagi belum mempunyai negara khusus untuk menetapkannya.
Selamat kepada M. Iqbal Gwijangge yang meraih penghargaan Pemain Terbaik pada gelaran AFF U16 Boys Championship 2022.🏅
Terus berproses dan berkembang, Iqbal! ✊🏼🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/nvi2Klyx18
— PSSI (@PSSI) August 13, 2022
“Program luar negara ada dalam perancangan kami ketika ini. Kemungkinan besar kita akan pergi ke negara-negara yang sangat kuat dalam bola sepak.
“Lebih menarik kalau kami juga dapat mengikuti pertandingan-pertandingan di sana seperti negara Sepanyol, Portugal, atau Belanda untuk memberi pendedahan kepada pemain muda ini,” terang Ketua Umum PSSI tersebut.