Bonucci Lancar Perang Saraf, Dakwa Barcelona Tak Sehebat 2 Tahun Lalu

UEFA Champions League bakal kembali dengan aksi suku akhir dengan pelbagai aksi-aksi menarik menanti kita semua.

Antaranya adalah perlawanan menarik diantara Juventus menentang Barcelona.

Perlawanan ini dijangka menarik, terutamanya dari sudut pandang Juventus.

Hal ini kerana, ini peluang terbaik mereka untuk membalas dendam terhadap Barcelona terhadap kekalahan yang dilalui mereka pada 2015.

Juventus tewas 3-1 ditangan Barcelona dalam perlawanan akhir UEFA Champions League 2015.

Namun kini, pasukan Juventus sudah bersedia dan Leonardo Bonucci mula melancarkan perang saraf terhadap pasukan Sepanyol itu.

Kami lebih baik

Bercakap dalam satu temuramah, Bonucci meluahkan keyakinan pasukannya dalam keadaan terbaik untuk menewaskan Barcelona ketika ini.

“Kedua-dua pasukan ada pemain pertahanan yang baik dan beraksi untuk pasukan kebangsaan. Namun harus diingat, kami mempunyai pertahanan yang lebih baik.”

Dalam masa yang sama, Bonucci menggangap yang Barcelona kini sudah tidak lagi sehebat 2 tahun lalu ketika mereka menewaskan pasukan Bonucci.

“Bagi saya, Neymar sudah banyak meningkat sejak 2015 begitu juga dengan Ivan Rakitic dan juga Javier Mascherano yang penuh dengan pengalaman.”

“Tapi bagi saya, mereka kini sudah lebih lemah berbanding 2 tahun lalu.”

Untuk menyokong hujah yang diberikan beliau, Bonucci mengatakan Barcelona kini tidak lagi hebat seperti 2 tahun lalu kerana kekalahan ditangan Paris Saint-Germain di Paris tempoh hari.

“Saya rasa lawan Bayern Munich lebih sukar berbanding lawan Barcelona. Sekurang-kurangnya, Bayern Munich tidak akan kalah 4-0 ditangan PSG di Paris.”

“Malah tiada pasukan Itali yang kalah 6-1 ditangan Barcelona. Saya yakin kalau PSG lawan Barcelona lagi 100 kali, mereka tak akan dikalahkan sebegitu rupa.”

Jadi siapa pilihan anda, Juventus atau Barcelona?

Baca juga: PKNS FC Nafi Bermain Kasar Ketika Menentang Kedah Tempoh Hari

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN