Pemain pertahanan pasukan Juventus Leonardo Bonucci (gambar bawah) menafikan beliau terlibat dengan insiden memukul rakan sepasukannya, Paulo Dybala dalam pergeseran ketika perlawanan akhir UEFA Champions League pada awal Jun yang lalu.
Keputusan semasa di Cardiff pada waktu itu terikat 1-1 sebelum Real Madrid menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-1.
Sebuah akhbar di Italy, La Stampa baru-baru ini menyiarkan sebuah artikel yang mendedahkan insiden tersebut.
Leonardo Bonucci dikatakan berang dengan kekasaran yang dilakukan oleh Dybala kepada pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos pada minit ke-12 perlawanan.
Paulo Dybala (gambar bawah) dilayangkan kad kuning bagi kesalahan yang dianggap sebagai ‘tactical foul’ dalam sukan bola sepak.
Artikel berkenaan juga menyatakan Bonucci turut memukul Dybala ketika memarahi rakan sepasukannya dari Argentina itu.
Namun baru-baru ini Bonucci menafikan wujudnya insiden seperti yang dilaporkan oleh La Stampa.
Penafian itu dimuatnaik oleh Bonucci ke dalam akaun media sosial pemain pertahanan antarabangsa Italy tersebut.
“Tidak ada apa yang perlu dijelaskan. Jauh sekali kerana tidak wujud pun sebarang pergeseran secara fizikal,” ujar Bonucci di akaun Facebooknya.
“Ia adalah rehat separuh masa seperti kebiasaan. Tidak banyak masa untuk sebarang perbincangan pada waktu itu.”
“Jika penjelasan saya di sini tidak memadai dalam kes ini, maka saya bersedia untuk bertemu dengan peguam saya untuk tindakan perundangan.”
“Tindakan perundangan diperlukan untuk mempertahankan nama baik diri saya.”
Walaupun sudah dilayangkan kad kuning seawal minit ke-12, Dybala kekal dalam permainan sehinggalah dibawa keluar oleh Massimiliano Allegri pada minit ke-78 untuk Mario Lemina.
Sebaliknya, Juan Cuadrado menerima arahan keluar padang pada minit ke-84 perlawanan bagi Juventus, walaupun baru sahaja masuk menggantikan Andrea Barzagli pada minit ke-66 perlawanan.
Sumber:
1. JAMES DUTTON, Daily Mail (2017): Juventus defender Leonardo Bonucci denies there was a dressing room bust-up at half time of Champions League final defeat by Real Madrid;
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4623466/Leonardo-Bonucci-denies-Juventus-dressing-room-bust-up.html
2. Goal.com (2017): Bonucci denies Champions League final argument with Barzagli and Dybala;
http://www.goal.com/en/news/8/main/2017/06/21/36517372/bonucci-denies-champions-league-final-argument-with-barzagli-and-