Bomoh Indonesia Buat Ritual Tolak Bala Berharap Indonesia Juara AFF

Bomoh dalam bola sepak sebenarnya bukan perkara yang baru, dan telah banyak sebenarnya kisah-kisah bagaimana pawang handalan seluruh dunia tampil melakukan ritual dalam mengharapkan pasukan kesayangan mereka mencatatkan kemenangan.

Tidak kira di benua mana sekalipun dalam dunia ini, boleh dikatakan setiap negara sudah tentu akan ada bomoh mereka sendiri, dan ada golongan yang akan percaya sepenuhnya kepada bomoh-bomoh ini.

Menjelang aksi pertemuan antara Thailand bertemu Indonesia malam semalam, sekumpulan bomoh dari Banyuwangi, Indonesia tampil mendedahkan yang mereka mahu lakukan ritual khas untuk mendoakan kemenangan Garuda.

Menurut laporan dari media Indonesia, Detik.com kumpulan penyokong tersebut datangnya dari Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu).

Perdunu merupakan ahli persatuan bomoh-bomoh terhebat dari Banyuwangi dan mereka bersama-sama berganding bahu melakukan ritual tersebut sebagai usaha menyokong skuad kebangsaan Indonesia untuk menewaskan Thailand.

Ritual khas yang mereka maksudkan itu dipanggil Samar Wulu dan ia sememangnya dilakukan dengan tujuan untuk mendoakan kemenangan berpihak kepada skuad kebangsaan Indonesia.

Presiden Perdunu, Abdul Fatah Hasan telah ditemu bual oleh wartawan, dan beliau mendedahkan tentang niat kumpulannya yang mahu melakukan ritual tersebut dalam usaha untuk menyokong skuad kebangsaan Indonesia.

“Apa yang penting sahabat-sahabat di sini sangat berharap agar skuad Nasional Indonesia boleh menang. Kami akan lakukan ritual.”

Jelasnya kepada wartawan menurut Detik.com

Ritual yang dilakukan oleh Perdunu merupakan Ritual Samar Wulu yang mana ia hanya boleh dilakukan pada senja sebelum maghrib.

“Ada ritual khusus, ritualnya ritual Samar Wulu. Itu dikhususkan untuk tolak balak dan mendoakan kemenangan timnas,”

Jelas beliau lagi.

Ritual itu dilakukan di Kedaton Perdunu yang mana ia sebenarnya Ibu Pejabat khas Perdunu dan ritual tersebut dilakukan di sana kerana mereka melihat perlawanan akhir Piala AFF 2020 merupakan pertandingan yang sangat besar.

“Jadi ketika hal-hal besar seperti perlawanan ini yang melibatkan negara, maka ritual itu harus dilakukan di Ibu Pejabat, dan ia akan melibatkan ramai orang.”

Di akhir ritual Samar Wulu itu, mereka akan turut berdoa dan yang akan mengaminkan doa tersebut merupakan kesemua ahli Perdunu seluruh Indonesia.

Wakil Perdunu turut menyatakan yang ritual Samar Wulu tidak akan dilakukan secara langsung, namun pada ketika sesi penutup (bacaan doa) mereka akan lakukan live streaming untuk tontonan ramai.

“Ritualnya tidak live tapi doanya, di penutup ritual itu ada doa dilakukan secara live dan diaminkan oleh semuanya,”

Tidak hanya melakukan ritual untuk mendoakan kemenangan skuad Garuda, Perdunu turut menganjurkan live viewing untuk menonton aksi perlawanan akhir pertama yang menemukan Indonesia bertemu Thailand itu.

Namun begitu, pemimpin Perdunu sekali lagi menegaskan yang aktiviti mereka pada hari ini, bukan semata-mata untuk Live viewing tersebut.

“Bukan hanya nonton bareng nanti akan ada selamatan untuk mendoakan acara (pertandingan) itu bisa berjalan sesuai harapan masyarakat banyak, supaya Indonesia menang,”

Bercakap tentang perlawanan yang akan menemukan Garuda bertemu Gajah Perang itu, beliau percaya yang Indonesia lebih berpotensi besar untuk mencatat kemenangan, seterusnya mengakhiri badi lima kali final tanpa gelaran Juara.

“Indonesia punya potensi besar memenangkan pertarungan ini. Dari beberapa pertandingan yang sudah berlalu indonesia mampu melalui itu dengan baik,”

Walau bagaimanapun, aksi leg pertama tidak memihak kepada skuad Garuda dengan mereka teruk dipijak oleh skuad Gajah Perang malam semalam.

Skuad kebangsaan Thailand cemerlang mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan Indonesia, seterusnya membawa bekalan yang sangat selesa untuk aksi leg kedua nanti.

Chanatip Songkrasin berjaya menjaringkan dua gol sementara Supachok Sarachart dan Bordin Phala pula masing-masing menjaringkan satu gol dalam membantu Thailand membenam Indonesia 4-0.

Bekalan empat gol tanpa balas sudah cukup selesa sebenarnya untuk menganggap yang Thailand bakal muncul sebagai juara saingan Piala AFF tahun ini.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang Indonesia bakal berdepan misi mustahil untuk menewaskan Thailand dengan kemenangan yang besar dalam aksi leg kedua nanti.

Melihatkan kepada prestasi semasa Thailand, jelas sekali mustahil untuk Indonesia mencatatkan kemenangan lebih empat gol bertemu mereka nanti.

Namun begitu, tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak dan sangat menarik untuk melihat apa akan berlaku pada aksi leg kedua nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN