Bolton Wanderers Tetap Teruskan Perlawanan Pra Musim Walaupun Hanya Miliki 7 Pemain

Bolton Wanderers, kelab bola sepak yang satu ketika dahulu pernah menghiasi saingan penuh glamor Liga Perdana Inggeris (EPL) kini hanya mempunyai tujuh pemain profesional bersama mereka.

Namun ia tidak menghalang kelab tersebut dari melakukan persiapan untuk pra musim menjelang musim baharu Liga Inggeris, apabila bakal berhadapan York City dalam satu perlawanan persahabatan pada hari ini.

Untuk itu, Bolton dikatakan merancang untuk menurunkan pemain muda, kebanyakkannya dari kalangan skuad remaja.

BOLTON, ENGLAND – APRIL 09: A general view ahead of the Barclays Premier League match between Bolton Wanderers and West Ham United at Reebok Stadium on April 9, 2011 in Bolton, England. (Photo by Chris Brunskill/Getty Images)

Bolton telah diisytiharkan muflis sebelum ini dan diletakkan di bawah pentadbiran khas. Dan walaupun proses pengambilalihan oleh sebuah konsortium baharu dijangka selesai dalam tempoh terdekat, ketidatentuan menyebabkan kelab tersebut kini hanya memiliki tujuh pemain profesional.

Daripada tujuh pemain tersebut pula, dua adalah penjaga gol dan tidak ada seorang pun daripada mereka adalah pemain pertahanan.

Musim lalu Bolton telah tersingkir daripada Championship dan akan memulakan saingan di EFL League One pada musim ini dengan 12 mata telah ditolak – sebagai hukuman muflis dan pentadbiran khas pada Mei lalu.

Bolton dijangka akan menerima hukuman susulan selepas ini setelah gagal menampilkan pasukan pada perlawanan terahir musim lalu – walaupun pemain sudah dibenarkan kembali ke pusat latihan untuk latihan pra musim.

Berbaki tiga minggu sebelum sepak mula musim baharu, pihak kelab dikatakan yakin mereka mampu mengumpulkan jumlah pemain yang mencukupi dengan syarat proses pengambilailhan diselesaikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Pengurus pasukan, Phil Thompson dikatakan sudah mempunyai senarai pemain dan tawaran untuk mendapatkan pemain secara pinjaman dari kelab lain turut telah dihantar.

Ia pasti musim yang amat mencabar bagi Bolton Wanderers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN