Bolton Wanderers Diselamatkan Pada Saat Akhir

Bolton Wanderers telah diselamatkan pada saat akhir apabila berjaya mendapatkan pemilik baharu. Syarikat tersebut adalah Football Ventures (Whites) Limited, berjaya melengkapkan pengambilalihan.

Bolton Wanderers diberikan masa 14 hari untuk mencari pemilik yang baharu bagi menyelamatkan kelab daripada diiktiraf muflis.

Bolton kemudian memberitahu pihak EFL bahawa mereka sedang berbincang dengan Football Ventures Untuk pengambilalihan. Walaubagaimanapun, rundingan tersebut kemudiannya dilaporkan gagal.

Para penyokong Bolton menaruh harapan tipis. Ramai antara mereka hanya menanti kelab diumumkan sebagai muflis dan disingkirkan daripada pertandingan, seperti mana yang berlaku kepada Bury.

https://twitter.com/FLeagueWorld/status/1166331827151409157?s=19

Para penyokong Bolton menunggu dengan penuh debaran pada hari ‘deadline’ yang diberikan oleh EFL. Hari yang akan menentukan nasib kelab legenda itu.

Bolton berusaha untuk memastikan bahawa pengambilalihan itu berjaya dilakukan bagi mengelakkan pasukan itu disingkirkan oleh EFL.

Selepas beberapa jam menunggu, kelab berusia 145 tahun, penyokonh Bolton mendapat perkhabaran positif apabila rundingan dengan Football Ventures dilaporkan berjaya.

Ia dianggap sebagai salah satu situasi paling rumit dalam bola sepak Inggeris. Namun Bolton lega kerana langkah untuk menyelamat kelab berjaya dilakukan.

Bolton tersingkir daripada EPL pada 2011/12. Kini mereka berada di League 1 dengan hanya mengumpul 11 mata, impak daripada pemotongan 11 mata, kerana isu kewangan yang menyebabkan mereka ada tunggakan gaji.

Bury antara pasukan yang mengucapkan tahniah kepada Bolton Wanderers di atas kejayaan mereka mendapatkan pemilikan baharu itu.

Tahniah kepada Bolton Wanderers. Pasukan yang pernah melahirkan ramai bintang bola sepak dalam sejarah mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN