Bolton Wanderers Diarahkan EFL Untuk Beraksi Baki 2 Perlawanan

Ramai sudah ketahui krisis kewangan yang melanda Bolton Wanderers. Krisis ini telah menuju kemuncaknya apabila para pemain mereka enggan beraksi dalam perlawanan.

Bolton Wanderers sahkan bahawa mereka tidak mahu beraksi menentang Brentford. EFL mengumumkan bahawa mereka terpaksa menangguhkan perlawanan tersebut pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat segera bagi mengelakkan penyokong Brentford datang ke Bolton. Namun begitu, skuad Brentford telah berada di hotel sehari sebelum perlawanan.

Arahan segera

EFL telah mengarahkan supaya Bolton Wanderers mesti memenuhi dua perlawanan yang berbaki. Perlawanan mesti disertai walaupun Bolton terpaksa menurunkan pemain belia.

Nottingham Forest merupakan perlawanan terakhir bagi Bolton untuk musim ini.

EFL juga meminta Bolton supaya mempercepatkan urusan pindaan tarikh perlawanan menentang Brentford. Mujurlah Brentford bukanlah kelab yang sedang mencabar promosi.

Bakal potong mata?

BOLTON, ENGLAND – APRIL 19: Bolton Wanderers’ Joe Williams , Callum Connolly and Luca Connell after conceding a second goal during the Sky Bet Championship match between Bolton Wanderers and Aston Villa at Macron Stadium on April 19, 2019 in Bolton, England. (Photo by Andrew Kearns – CameraSport via Getty Images)

EFL dikatakan mempertimbangkan untuk memotong mata Bolton bagi permulaan musim hadapan. Kelab itu bakal beraksi dalam EFL League One.

Sekiranya ia berlaku, ia mengulangi peristiwa di mana Leeds United dipotong 15 mata sebelum musim 2007/08 bermula. Pada musim itu, kelab itu menerima hukuman sewaktu beraksi dalam EFL League One.

Tiada gaji

Para pemain Bolton sendiri memaklumkan bahawa mereka tidak akan bermain sekiranya tidak menerima gaji tertunggak. Tunggakan gaji ini telah memberikan tekanan kepada kehidupan dan keluarga mereka.

Malah, pada awal bulan ini, mereka sendiri dua hari tidak hadir ke sesi latihan bagi menyatakan solidariti kepada staf kejurulatihan mereka yang tidak dibayar gaji.

Masalah kewangan ini berlaku ada kaitan dengan pertukaran pemilikan kelab. Ken Anderson telah menjual kelab itu kepada bekas pengerusi Watford, Laurence Bassini.

Kasihan kepada Bolton Wanderers. Semoga urusan mereka dipermudahkan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN