English Football League (EFL) memberikan masa tiga hari sehingga jam 5pm, Selasa akan datang untuk mengesahkan penjualan kelab tersebut, atau tampil dengan pelan meyakinkan untuk musim ini jika mahu mengelakkan diri disingkir dari Football League.
Melalui satu kenyataan pada Sabtu, pihak EFL nyata kecewa dengan perkembangan membabitkan kelab tersebut – yang kini sudah pun berada dalam ‘pentadbiran khas’ – kerana informasi tidak tepat mengenai penjualan atau jaminan masa depan kelab tersebut.
? Statement on behalf of Paul Appleton, Joint Administrator for Bolton Wanderers.
“It is with real regret and a deepening sense of frustration that we have been forced to postpone tomorrow’s fixture against @drfc_official”
?? https://t.co/0t4Id7LEz8#BWFC ??
— Bolton Wanderers FC (@OfficialBWFC) August 19, 2019
Pada Mei lalu, Bolton sudah pun diberikan Notis Penarikan dari keahlian EFL. Perkara itu boleh ditarik balik sekiranya Bolton berjaya meyakinkan EFL bahawa operasi kelab itu boleh diteruskan dengan adanya pelan dan sokongan baharu.
Bolton sudah pun memulakan kempen musim ini dengan potongan 12 mata selepas diletakkan dalam keadaan pentadbiran khas sebelum ini.
Bolton Wanderers have been a club in turmoil all summer with the future of the club in doubt.
They still took 1,800 fans to Wycombe, just under 2,000 to Rochdale and have sold over 1,900 tickets for the trip to Tranmere.
Class support.#BWFC pic.twitter.com/n0hMzlja9l
— bet365 (@bet365) August 16, 2019
Malah kelab tersebut juga sudah kehilangan majoriti pemain senior dan hanya menurunkan pemain muda ketika menenyang Covebtry.
Pengurus pasukan, Phil Parkinson dan pembantu beliau, Steve Parkin pula meletak jawatan pada Khamis lalu dan Bolton tewas 5-0 kepada Ipswich dalam perlawanan League One pada hujung minggu.
Bolton Wanderers manager Phil Parkinson and assistant Steve Parkin have resigned from their positions with the League One club.
More: https://t.co/1JKDDomAwG pic.twitter.com/NIzi8huZJo
— BBC Sport (@BBCSport) August 21, 2019
Kenyataan EFL berbunyi: “Situasi terkini tidak boleh terus kekal, dan kini tiba masanya untuk menyelesaikannya. Masa semakin suntuk [untuk Bolton Wanderers].
“Walaupun sehingga semalam semua pihak berkata sedang menyiapkan formaliti [pertukaran pemilikan], ia amat mengecewakan selepas akhirnya ia hanya berakhir dengan satu lagi penangguhan yang memberi tanggapan negatif.
“JIka semua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk penjualan, atau tampil dengan pelan pembangunan meyakinkan untuk keluar dari pentadbiran khas selewat-lewatnya pada 5pm, 27 Ogos 2019, maka EFL akan menarik balik pelucutan keahlian dari liga, pada Mei lalu.”