Ya, kita inginkan majikan yang sering hargai kita. Contohnya, dalam soal pembayaran gaji yang tidak lewat. Meskipun kita tahu organisasi yang kita berada sedang menghadapi masalah kewangan serius.
Itulah dialami pasukan Bolton Wanderers. Musim ini, sudah beberapa kali barisan kejurulatihan dan pemainnya tidak dapat dibayar.
Malah, pernah ada perancangan untuk Bolton menjual tapak parker kereta kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan dana. Selain itu, Trotters berusaha untuk menjual pemain mereka namun gagal.
Bolton Masih Hidup!
Beberapa jam lalu, mahkamah menolak permohonan untuk menutup kelab tersebut. Sebelum ini, kelab itu telah menghadapi petisyen mahkamah mengenai pinjaman berjumlah 5 juta pound sterling.
Bolton sebelum ini tidak menghadapi masalah kewangan. Sehinggalah, kelab itu turun divisyen dari Premier League beberapa tahun dahulu, pemiliknya Eddie Davies menarik keluar pelaburan.
Maka, Bolton duduk dalam keadaan hampir 200 juta pound sterling. Keputusan di dalam padang juga tidak memberangsangkan dan akhirnya turun ke League One.
Bangkit
Beraksi dalam League One musim ini dalam keadaan tidak pasti dibayar gaji atau tidak. Namun begitu, ia tidak menghalang Josh Vela, Gary Madine dan rakan-rakanya berjuang di hadapan penyokong.
Malah, mereka bermain meskipun tekanan media terarah kepada pergeseran pengurusan secara terbuka. Yakni, Dean Holdsworth dan Ken Anderson.
Dean Holdsworth merupakan salah seorang pemain utama Bolton pada hujung 1990-an.
Mereka berdua mempunyai syarikat masing-masing dan bersepakat membeli Trotters daripada Eddie Davies. Bak kata orang, “duit boleh bawa gaduh” menyebabkan mereka tidak sekepala.
Pergeseran ini terdedah secara terbuka di media mengenai masalah kewangan kelab. Akhirnya, Dean menjual sahamnya kepada Ken untuk menyelesaikan masalah. Akhirnya Dean kekal menjadi duta kelab.
Cabaran padang
Bolton akhirnya konsisten di League One. Meskipun dicabar Fleetwood Town sehingga ke perlawanan terakhir liga. Sebelum sepak mula, Bolton seolah agak sukar mempertahankan kedudukan tangga ke-2 carta League One.
Trotters perlu menang ke atas Peterborough walaupun seri sudah memadai. Itu pun jika mereka seri dan pencabar terdekat Fleetwood gagal tewaskan Port Vale dengan 8 gol tanpa balas.
Akhirnya, gol dari Jem Karacan, David Wheater dan Adam Le Fondre membantu kelab itu kembali semula ke Championship selepas semusim berada di League One.
Beberapa bekas pemain mengucapkan tahniah kepada kelab lama mereka di atas kejayaan tersebut.
https://twitter.com/stuholden/status/858678840247431168?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.bbc.com%2Fsport%2Flive%2Ffootball%2F39717706
Delighted for everyone @OfficialBWFC 👏👏
— Eidur Gudjohnsen (@Eidur22Official) April 30, 2017
Ya, mereka sangat komited meskipun pelbagai dugaan datang. Diharapkan Bolton dapat kembali ke Premier League semula!
Kami tabik dengan semangat pemain yang berjuang demi kelab mereka. Bukan mudah untuk melakukan tugas tanpa dibayar gaji.
Difahamkan 5 pemain utama mereka terpaksa dilepaskan selepas tamat musim liga atas persetujuan bersama kerana kelab tidak mampu menanggung gaji mereka.
Jadi, ini adalah detik penuh emosi untuk pemain-pemain Bolton dan penyokong mereka melihat pemain-pemain ini akan pergi setelah membantu kelab mereka.
Baca juga: Pemain Bertindak Balas Terhadap Kekasaran: Apa Tindakan Pengadil?