“Boleh Perasan Rumput Panjang 1mm” – Azman Naim Kagum TMJ ‘Master’ Bab Padang

Tidak salah jika katakan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pelopor padang bola sepak berkualiti tinggi di negara ini.

Sejak bola sepak di negeri Johor mengalami revolusi di bawah pimpinan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), pelbagai pembaharuan telah dilakukan – terutama dari segi fasiliti bola sepak di negeri itu.

Hari ini JDT memiliki antara stadium dan bola sepak yang terbaik di negara ini. Stadium Sultan Ibrahim misalnya dikenali sebagai antara stadium terbaik di rantau ini kerana memiliki padang yang setaraf mana-mana stadium dan padang bola sepak di luar negara.

TMJ ‘Master’ bab padang

Baru-baru ini Azman Naim , individu yan popular dengan lagu parodi di media sosial menyatakan kekaguman beliau terhadap TMJ yang dianggap pakar (master) dalam kualiti rumput dan padang.

“Semalam sy mengadap TMJ di stadium JDT . Saya Sempat ikut TMJ pusing check padang sebelum TMJ berangkat balik,” ciap beliau di Twitter.

“Satu yang aku pelik, TMJ boleh perasan rumput tu panjang 1 mm.

“Tak payah ukur, mmg betul panjang 1mm. Memang @HRHJohorII master dah bab padang,” ujar beliau lagi.

Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim sebelum ini menarik perhatian TMJ selepas lagu parodi berjudul My Sejahtera Way tular dalam media sosial.

Genap seminggu diburu oleh TMJ, akhirnya Azman Naim menghadap pemilik JDT itu buat kali pertama pada awal September lalu. Ia bukan satu-satunya pertemuan di antara TMJ dan Azman Naim.

Berdasarkan ciapan beliau semalam, penyanyi tersebut dipercayai sekali lagi menghadap TMJ di Stadium Sultan Ibrahim beberapa hari yang lalu.

TMJ sentiasa pastikan padang SSI rapi

Walaupun Stadium Sultan Ibrahim sudah memiliki permukaan padang yang terbaik berkualiti tinggi di Malaysia serta antara yang terbaik di Asia Tenggara, pemilik pasukan JDT masih mahu mempertingkatkan lagi kualiti ke tahap lebih baik.

TMJ seperti yang kita ketahui mahukan hanya yang terbaik di JDT dan padang adalah antara penambahbaikan yang dilakukan sepanjang musim ini.

Malah ada ketikanya perkongsian di laman Instagram baginda menunjukkan bagaimana TMJ sendiri menguji ketahanan padang di Stadium Sultan Ibrahim dengan bermain bola sepak di situ.

Sedar akan kepentingan permukaan padang berkualiti tinggi untuk aksi bola sepak terbaik, TMJ tidak perna teragak-agak melabur tinggi untuk tujuan penjagaan dan menjadi salah satu keutamaan di JDT.

Malah padang di Stadium Sultan Ibrahim turut menggunakan teknologi ole NASA untuk tujuan penjagaan – sesuatu yang sukar dibayangkan untuk dipraktikkan di mana-mana stadium di negara ini.

Selain padang di Stadium Sultan Ibrahim, JDT turut menjaga kualiti padang di semua stadium dan pusat latian milik mereka seperti di Stadium Pasir Gudang, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, dan  Padang Seri Gelam.

Untuk rekod, Stadium Sultan Ibrahim pernah dinobatkan sebagai pemenang ‘Stadium Of The Year 2020’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN