Timor Leste Berhadapan Hukuman Berat, Isu Menurunkan Pemain Haram!

Bola sepak Timor Leste bakal berhadapan tindakan berat dari AFC. Konferedasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membongkar satu konspirasi didalangi oleh Persekutuan Bola Sepak Timor Leste FFTL.

Pemalsuan dokumen

FFTL dan Setiausaha Umumnya, Amandio de Araujo Sarmento memalsukan dokumen pendaftaran pemain pasukan bola sepak Timor Leste.

AFC membuka siasatan sejak Jun tahun lalu untuk mengetahui pemain manakah benar-benar layak beraksi untuk Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019.

Penyiasatan itu telah membongkar pendaftaran 12 pemain oleh FFTL disekalikan dengan dokumen sijil kelahiran palsu! Pemain itu dipercayai kesemuanya berasal dari Brazil.

Dokumen palsu itu telah dihantar FFTL kepada AFC sebagai bukti pemain tersebut layak mewakili Timor Leste.

12 pemain haram

12 orang pemain terlibat itu telah bermain dalam 36 perlawanan. 29 daripadanya di bawah pengurusan AFC. Baki 7 lagi di bawah FIFA.

Ramon Saro, penjaring gol penyamaan ketika Malaysia seri 1-1 pada 11 Jun 2015 merupakan salah seorang daripada 12 pemain tersebut. Selain itu, Jairo Neto dan Diogo Rangel juga antara 12 pemain yang dipalsukan dokumennya.

Senarai penuh 12 pemain yang dikaitkan dengan isu ini adalah:

Ramon de Lima Saro, Paulo Helber Rosa Ribeiro, Diogo Santos Rangel, Rodrigo Sousa Silva, Patrick Fabiano Alves Nobrega Luz, Paulo Cesar da Silva Martins, Jairo Pinheiro Palmeira Neto, Felipe Bertoldo do Santos, Junior Aparecido Guimaro de Souza, Jaime Celestino Dias Braganca, Heberty Fernandes de Andrade, Thiago dos Santos Cunha.

Perlawanan berkaitan

Antara perlawanan terlibat termasuklah Sukan SEA 2013 & 2015 dan Sukan Asia 2014. Selain itu perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFF 2014 turut menyaksikan konspirasi ini dilakukan oleh Timor Leste.

Timor Leste turut menurunkan pemain tidak layak ini sewaktu Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 / Piala Asia 2019. Timor Leste menurunkan 7 pemain ketika perlawanan bertemu Malaysia pada 11 Jun 2015.

Hukuman menanti

Jawatankuasa Disiplin AFC menetapkan Timor Leste disingkirkan dari saingan Kelayakan Piala Asia 2019.

FFTL didenda 20,000 USD manakala Setiausaha Umum, Amandio dikenakan denda 9,000 USD. Amandio disekat untuk terlibat dalam urusan bola sepak selama 3 tahun.

Keputusan 29 perlawanan di bawah AFC dibatalkan keputusannya secara serta merta. AFC bakal merujuk isu ini kepada FIFA. Keputusan 7 perlawanan di bawah FIFA akan ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia itu nanti.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: JDT Gagal Kekalkan Tatikal High Line Pressing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN