Bola Sepak Di Sekolah: Realiti, Cabaran, Prospek, Potensi Dan Tanggungjawab Kita

Bola sepak di Kedah mahupun Malaysia ini bukan perkara asing.

Di Malaysia dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa tanpa mengira kaum, pangkat serta budaya mahupun jantina, bola sepak sering menjadi bualan semua.

Bola sepak secara umumnya diperkenalkan kepada masyarakat kita bermula zaman kanak-kanak lagi dan seterusnya di peringkat sekolah hinggalah ada sebilangan akan terus ke peringkat profesional.

Jelas sekali negara kita dilihat tidak kurang hebatnya dalam melahirkan bakat baru yang selalunya bermula di peringkat sekolah.

Sejauh manakah proses pembangunan bola sepak di peringkat sekolah?

Adakah ianya diberi perhatian yang serius oleh badan berwajib berkaitan bola sepak?

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

Di sini kami akan kupas realiti sebenar pembangunan bola sepak di peringkat sekolah berdasarkan keterlibatan kami secara langsung mahupun tidak langsung dengannya.

Realiti

Selalunya jika kita terlibat dengan bola sepak peringkat sekolah ini sudah pastinya kita akan diperlihatkan dengan semangat mereka yang ingin bermain bola sepak.

Persoalannya adakah ianya sekadar memenuhi aktiviti persekolahan / hobi atau untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang hebat di masa akan datang?

Sejauh mana sasaran anak-anak muda ini dalam bermain bola sepak?

Hobi atau karier?

Itulah persoalan yang terbesar sekali tentang realiti bola sepak di peringkat ini.

Sepanjang terlibat dengan pengurusan ataupun kejurulatihan bola sepak peringkat sekolah ini, kami dapati terdapat banyak kepincangan dalam perjalanan bola sepak peringkat ini.

Cabaran

Adakah ianya serius? Ya!

Bagi kami ianya sangat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ia melibatkan masa depan bola sepak kita.

Diharap dengan kupasan dari pihak kami ia dapat membuka sedikit mata pihak berwajib untuk memberi perhatian tentang isu ini.

Antara isu yang kami dapati ialah :

1. Organisasi & Struktur Pertandingan Peringkat Sekolah

Seperti yang kita tahu, setiap tahun semua sekolah akan terlibat dalam pertandingan bola sepak di peringkat PKG (Pusat Kegiatan Guru) iaitu zon / mukim.

Struktur pertandingan serta organisasi pertandingan di peringkat ini didapati tidak kukuh dimana format serta rules serta seangkatan dengannya boleh berubah setiap tahun setiap masa.

Lim Kim Chon ketika menyertai NFDP.

Anda bayangkan di peringkat sekolah rendah pada mula nya pihak atasan (JPN/PPD) menetapkan pertandingan 9 sebelah dengan offside dan setelah beberapa hari pihak sekolah diberitahu mereka mengubah semula kepada 9 sebelah tanpa offside.

Mengapa ini boleh berlaku?

Siapa yang tentukan format pertandingan di peringkat sekolah ini?

Kenapa boleh berubah-ubah?

Adakah lebih baik jika mereka selaraskan format berlandaskan undang-undang FIFA dan ianya kekal sampai bila-bila lebih memudahkan pihak pengurusan / kejurulatihan bola sepak sekolah.

2. Tiada Garis Panduan & Pemantauan Menyeluruh Peringkat PPD / JPN & FA Negeri

Perkara ini lebih terarah kepada sistem kejurulatihan bola sepak di peringkat sekolah. Bagaimana sistem coaching/latihan di peringkat ini?

Jawapan nya ia terserah sendiri pada sekolah masing-masing bagaimana untuk melatih pelajar ini ilmu bola sepak.

MSSS Selangor

Anda bayangkan jika 1 sekolah tidak mempunyai guru, staff atau jurulatih yang mempunyai asas bola sepak, bagaimana nasib pelajar sekolah berkenaan?

Guru / staff / jurulatih yang mengajar bola sepak kadang kala hanya sekadar untuk cukup syarat sahaja langsung tidak menerapkan konsep latihan asas yang sebenar kepada murid sekolah.

Bagaimana kita nak melahirkan seorang pemain bola sepak yang hebat jika jurulatih/guru yang terlibat di peringkat sekolah pun tidak tahu asas penting dalam bola sepak?

3. Pemilihan Pemain Yang Kurang Telus

Kebanyakan guru-guru mahir / berilmu basic football ini akan ditempatkan satu-satu tempat seperti ada susun atur dibelakang (bias) dari pihak atasan.

Pemain yang berbakat berkemungkinan tidak dapat tempat di peringkat seterusnya (PKG , daerah hingga ke negeri) ini kerana pemilihan terdedah unsur pilih kasih & kroni.

Contohnya, jurulatih di peringkat PKG / Daerah adalah dikalangan guru sekolah kawasan yang sama sudah pasti mereka lebih mudah memilih anak didik dari sekolah mereka sendiri untuk mewakili supaya dapat bertanding di peringkat PKG.

Bagaimana dengan sekolah yang ada pemain berbakat dari sekolah lain?

Selain itu juga terdapat guru / jurulatih diberi tanggungjawab mengendalikan lebih dari satu pasukan bola sepak sekolah.

Apa yang berlaku di sini jelas kelihatan ianya melangkaui batas mereka dan memberi kesan ke atas pelbagai sudut antara nya ialah jurulatih / guru berkenaan gagal memberi latihan secara sistematik ke atas pasukan.

Foto : SK Kampung Igan

Ini kerana beban mengendalikan lebih dari satu pasukan selanjutnya ia memberi kesan pada pasukan tersebut gagal mencapai target mereka.

4. Jurang Antara Pelajar / Pemain Bandar & Luar Bandar

Hal ini mungkin berkait dengan faktor padang berkurangan dan anda bayangkan ada di kalangan sekolah masih belum mempunyai padang bagaimana jika sekolah berkenaan mempunyai murid yang berbakat?

Selain itu, kurangnya pendedahan perlawanan bola sepak yang kompetetif. Ini kerana ada di kalangan pelajar sekolah langsung tidak bermain bola sepak selepas habis pertandingan bola sepak peringkat sekolah nanti.

Kita juga boleh nampak jurang antara bandar & luar bandar dimana di bandar mempunyai banyak akademi bola sepak swasta ataupun akademi di bawah naugan FA negeri berbanding luar bandar.

Cadangan

JPN / PPD dengan bantuan FA negeri / FAM perlu menetapkan panduan format pertandingan yang diselaraskan kepada semua sekolah termasuk cara latihan & DNA mana yang harus sekolah laksanakan.

Sekolah (terutamanya sekolah sukan) boleh bertindak menjadi akademi bagi FA negeri jika tidak mampu melaksanakan akademi yang besar untuk FA negeri.

Jadi, harus ada usaha memastikan guru atau staf yang melatih ada sijil kejurulatihan walaupun yang paling asas.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

Jika mereka tiada sijil atau lesen, pihak sekolah boleh membantu mereka mendapatkan sijil dan lesen ini pada waktu yang sesuai. Banyak sekali kursus berkaitan diadakan di negara kita pada hari ini.

Oleh itu, FA negeri / FAM perlu bekerjasama dengan pihak JPN / PPD / PKG untuk menyediakan bengkel khas / kursus asas kejurulatihan bola sepak peringkat U12 hingga U18 kepada semua guru, staff sekolah @ jurulatih yang terlibat dengan bola sepak sekolah.

Seterusnya adalah dengan Mengalakkan penglibatan sekolah jenis kebangsaan cina / tamil / tahfiz / agama dalam kerana bakat bangsa lain juga perlu diketengahkan dan tidak hanya tertumpu pada kaum-kaum tertentu sahaja.

Pihak FA negeri hendaklah memantau ke semua daerah / PKG berterusan dari mula latihan hingga ke akhir kejohanan.

Kemudiannya, Pihak FA negeri perlu juga melantik scouting bakat muda dari peringkat sekolah dimana mereka akan turun ke setiap daerah / pkg bagi mengesan bakat yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih baik bukan hanya menunggu ketika di peringkat negeri sahaja.

Potensi dan prospek

Ianya akan dapat melahirkan bakat muda dari peringkat sekolah yang berteraskan DNA bola sepak moden yang ditetapkan oleh FA negeri selain itu juga dapat melahirkan tenaga pengajar yang ada pengetahuan basic football yang sebenar.

Kekangan

Namun begitu, realitinya, ianya mungkin berdepan masalah seperti bebanan kos kewangan , kekurangan fasiliti , dan tenaga jurulatih / pegawai yang digunakan untuk menjayakan program ini jika dijalankan secara besar-besaran.

Dan selain itu juga berdepan dengan persepsi ibu bapa murid itu sendiri dimana dengan penumpuan bola sepak ini boleh menganggu prestasi akademik anak mereka.

Kesimpulan

Seperti yang kita tahu, memang akademik sangat penting bagi murid di sekolah namun pelan pembangunan ini wajar diketengahkan lagi bagi membantu bakat-bakat muda dari peringkat sekolah.

Ini agar mereka berterusan didedahkan dengan gaya permainan bola sepak yang sebenar berteraskan konsep bola sepak moden masa kini.

Kita bangga akan lahirnya bakat muda dalam bola sepak tapi sejauh mana kah hala tuju mereka jika tidak dibentuk dari peringkat sekolah lagi.

P/S : jangan suruh kami uruskan FA negeri pulak. Semua ini berdasarkan penglibatan kami secara langsung atau tak langsung & kami memberi pandangan peribadi kami dalam hal ni.

Artikel ini dikreditkan sepenuhnya kepada Azlee Harun dan juga laman analisis bola sepak Analisis Tangga Ayam.

Like dan ikuti page Analisis Tangga Ayam untuk lebih banyak kupasan bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN