Aleppo yang merupakan bandar bergolak di Syria, nyata terkesan dengan pelbagai perkara.
Kehancuran harta benda, nyawa menlayang dan pelbagai lagi memberikan kesan kepada kota malang yang menyaksikan tentera kerajaan menetang puak penentang.
Selain itu, bola sepak turut lumpuh. Namun kini, bola sepak kembali bermain bola sepak!
Semangat masih sama
Tempoh hari di Aleppo, sebuah perlawanan bola sepak dilangsungkan setelah hampir 5 tahun ia tidak dilangsungkan akibat perang.
Dua musuh tradisi, Al-Ittihad dan Hurriya menentang sesama sendiri dalam perlawanan yang menandakan bola sepak kini kembali ke bumi Aleppo.
Dalam perlawanan itu, Al-Ittihad menewaskan musuh tradisi mereka dengan jaringan 2-1.
Segalanya tampak berubah, padang tidak lagi hijau seperti dahulu dan prasarana stadium kini tidak lagi lengkap seperti hari-hari indah dahulu sebelum perang.
Kesan-kesan perang masih lagi jelas kelihatan di stadium.
Namun begitu, walaupun 5 tahun tiada aksi bola sepak kompetitif. Masih ada satu lagi perkara yang kekal tanpa terhakis akibat perang – semangat.
Semangat dan suasana yang ditunjukkan oleh para penyokong kedua-dua pasukan masih lagi kuat dan ia sama dengan suasana perlawanan bola sepak di mana-mana!
Suasana meriah disaksikan dengan seolah-olah bandar Aleppo itu tidak pernah disentuh akibat perang sekali pun!
Walaupun dalam perlawanan itu, pegawai anti rusuhan dilihat berada di setiap sudut stadium, namun penyokong tetap memberikan suasana bola sepak semeriah mungkin!
Jantung berdegup kencang
Dari sudut pemain, perasaan untuk kembali ke Aleppo itu tidak dapat digambarkan.
Pemain Omar Hamidi berkata jantungnya berdegup kencang menanti masa untuk bermain di Aleppo.
“Saya tak tahu nak gambar macam mana perasaan dapat kembali dapat bermain di Aleppo selepas lama tak main di sini. Jantung saya berdegup kencang!”
Bagi Firas Al-Ahmad, beliau terluka kerana pasukannya tewas. Namun gembira dapat kembali ke Aleppo.
“Ia adalah hak untuk kami bermain di Aleppo dan nyata kami bermain lebih baik di sini.”
“Kami bermain di hadapan penyokong sendiri dan ternyata ia memberikan lebih kekuatan buat kami.”
Firas Al-Ahmad dan pasukkanya Hurriya bermain di luar Aleppo buat masa ini.
Kami berharap konflik di Syria akan berakhir agar rakyat mereka akan hidup aman dan sentosa. Dan semestinya, bola sepak di sana turut maju.
Baca juga: Liverpool Terus Kecewa, Tewas Di Tangan Hull City 2-0