‘Bola Itu Bulat’, Tiba Masa Harimau Malaya Mengaum Lebih Jauh Di Pentas Antarabangsa

Aksi yang dipamerkan skuad kebangsaan baru ini sewaktu menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) nyata mendapat perhatian ramai pemerhati bola sepak dalam dan luar negara.

Lebih menarik, kemenangan tersebut bukan sahaja disebabkan keputusan sahaja tetapi tetapi mengenai aksi mantap pemain negara yang dilihat bertenaga untuk membuatkan lawan kelam kabut menahan asakan Harimau Malaya sepanjang 90 minit perlawanan.

Walaupun ada segelintir yang memperkecilkan skuad negara pada awalnya, nyata pasukan kendalian Kim Pan-gon ini berjaya menutup seketika mulut pengkritik untuk tampil dengan aksi mantap serta mencatat kemenangan bergaya di hadapan ribuan penyokong sendiri di SNBJ.

Bola sepak itu bulat, tiada perkara mustahil dapat dilakukan sekiranya 11 pemain yang beraksi di atas padang tidak menjadi penumpang dan bersatu hati untuk berdepan lawan tidak kira seberapa kuatnya mereka.

Sudah seberapa banyak kejutan-kejutan yang membabitkan pasukan bukan pilihan mengejutkan lawan mereka yang jauh lebih hebat?

Baik di peringkat domestik atau antarabangsa, sudah banyak kejutan yang dicipta dan menjadi dalam lipatan sejarah bola sepak dunia.

Misalnya, seperti kejutan pada tahun 2009 apabila Bolivia membenam cabaran pasukan gergasi, Argentina dengan keputusan 6-1 walaupun ketika itu mereka mempunyai pemain handalan seperti Lionel Messi, Carlos Tevez, dan Javiez Zanetti.

Atau jaringan Angelos Charisteas berjaya mengejutkan dunia bola sepak apabila Greece tampil juara Euro 2004 untuk mengetepikan pasukan pilihan ramai ketika itu, Portugal di Estádio da Luz.

Maka, tiada yang mustahil juga dalam kamus bola sepak negara untuk terus melakar kejutan seterusnya menentang Bahrain Sabtu ini walaupun lawan hadir dengan reputasi lebih tinggi.

Kelebihan kini juga bukan sekadar terletak buat Bahrain, sebaliknya skuad negara juga mempunyai peluang cerah untuk melakar kemenangan kedua dengan beraksi di laman sendiri serta di hadapan ribuan penyokong Harimau Malaya.

Jangan lupa, Malaysia juga mempunyai pemain muda yang bersemangat dan jelas tidak gentar untuk membuktikan kelas mereka tersendiri di pentas antarabangsa seperti Faisal Halim, Arif Aiman, dan Safawi Rasid.

Jika diimbas pada perlawanan lalu, ketiga pemain ini nyata tidak menunjukkan sebarang rasa gugup, sebaliknya mereka bersikap berani untuk mencabar pertahanan lawan serta menjaringkan gol.

Inilah detik terbaik buat Pan-gon untuk membuktikan kewibawaan beliau selaku jurulatih setelah maruah beliau sebelum itu pernah disentap ketika gagal mengendalikan Hong Kong dengan baik.

Beliau tiba pada saat skuad kebangsaan berada dalam fasa kejatuhan setelah gagal di saingan Piala AFF tahun lalu di Singapura.

Kini peluang sudah terbuka buat Malaysia, pentas Piala Asia 2023 sedikit demi sedikit mula tersingkap, tinggal sahaja lagi untuk Harimau Malaya melangkah dengan bergaya pada tahun hadapan.

Tewaskan Bahrain dan lakar kemenangan atasi Bangladesh, maka secara merit Malaysia terus melangkah ke saingan tersebut setelah sekian lama sekadar terkandas di peringkat kelayakan.

Semoga skuad kebangsaan mampu mencatat sesuatu yang positif pada Sabtu ini dan membuka kembali lembaran harapan baharu dalam bola sepak negara buat para penyokong setelah sekian lama dahagakan kejayaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN