‘Bola Bola Juga, Solat Jangan Lupa’ – Penyokong Disaran Bawa Sejadah Sendiri Ke Stadium

Penyokong KL City Stadium

Seorang penyokong Kuala Lumpur City, Ainul Hazeem Ainuddin memberi pesanan kepada penyokong bola sepak yang hadir awal ke stadium untuk agar membawa sejadah sendiri bagi memudahkan mereka menunaikan kewajipan solat.

Pesanan tersebut ternyata amat penting bagi memastikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penyokong ke stadium seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Beliau dan Sukan (KBS).

Bagi Hazeem, SOP ketat yang perlu dipatuhi itu langsung tidak menjadi beban untuknya kerana apa yang lebih penting adalah penyokong dapat menyaksikan perlawanan dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

Beliau yang ditemubual sewaktu perlawanan Liga Super di antara KL City FC dan Sabah FC pada Sabtu melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium selepas lebih setahun tidak dibenarkan datang susulan penularan wabak COVID-19.

Penyokong KL City Stadium 2
Ainul Hazeem mengimbas kod QR MySejahtera dan melakukan pemeriksaan suhu sebelum masuk ke dalam stadium mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu menjadi projek perintis kemasukan penonton dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ternyata gembira apabila ianya mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk MKN dan juga KBS.

“Semestinya saya rasa teruja sebab selepas lebih 12 bulan kita tak dapat ke stadium dan sekarang, ini kali pertama kita dapat juga jejak kaki di sini,” ujarnya kepada Media MFL.

“Yang penting adalah bagaimana kita perlu ikut segala SOP yang telah ditetapkan untuk memastikan kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini.

“Dan bukan saya sahaja, penyokong-penyokong lain juga perlu ikut sama patuhi SOP dan macam saya , saya pun bawa sejadah sendiri sebab nak memudahkan untuk solat nanti”

Melihat suasana di pintu masuk stadium yang terkawal, beliau percaya penyokong-penyokong pasukan lain juga selepas ini tidak berdepan masalah untuk terus memberi kerjasama dengan baik bagi aksi-aksi akan datang selepas ini bermula daripada sebelum sehingga tamat perlawanan.

Berdasarkan perkembangan positif menerusi pemantauan perlawanan projek perintis ini, kesemua aksi Liga Super dan Liga Premier telah dibenarkan untuk menerima kehadiran penonton.

Tetapi, ia masih tertakluk kepada kelulusan MFL di mana setiap pasukan perlu menghantar dokumen kemasukan penonton terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran oleh badan pengelola Liga Malaysia tersebut.

Kredit Foto: MFL

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN