Bojan Hodak Tak Ikut Kemahuan Dominique Untuk Suntik ‘Painkiller’

Bojan Hodak KL City 2021 Dominique da sylva Painkiller

Menurut pengendali KL City, Bojan Hodak, Dominique da Sylva sangat mahu beraksi menentang bekas kelabnya, Terengganu FC sehingga mahu ambil suntikan ‘painkiller’.

Dominique sudah terlepas terlepas tiga aksi setakat semalam dan aksi menentang Terengganu ini sangat istimewa buatnya kerana pasukan tersebut adalah pasukan yang bertanggungjawab membawanya ke saingan Liga Malaysia pada musim lalu.

Walaupun merekodkan jumlah jaringan yang banyak – sembilan gol dalam 10 aksi musim lalu, kontraknya tidak disambung oleh pihak pengurusan Terengganu.

Kecewa dirundung kecederaan sejak kali terakhir beraksi pada awal April lalu ketika terikat seri tanpa jaringan menentang Sabah FC, Dominique dikeluarkan awal dalam perlawanan tersebut dan sehingga kini, masih belum dapat diturunkan semula.

Bojan Hodak mengakui KL City rindu sentuhan Dominique di jentera serangan, namun tidaklah sehingga bersetuju dengan pemain untuk mengambil suntikan ‘painkiller’. Ujar pengendali itu, “Dia sangat mahu turun bermain disebabkan Terengganu.”

“Dia mahu ambil suntikan ‘painkiller’ tetapi tak guna pun sebab dia belum mula berlatih lagi. Turun berlatih dan dia boleh pasang impian untuk kembali bermain,” ujarnya.

Terang Bojan Hodak lagi tentangnya, “Kita akan tahu situasinya esok. Dia akan mula berlatih bersama pasukan. Cuma dia tidak 100 peratus cergas untuk diturunkan. Kita tidak boleh paksanya untuk bermain kerana kecederaan itu boleh jadi lebih serius.”

“Sangat jelas, kami kehilangan sentuhan Dominique. Kerana dia tidak pernah mensia-siakan peluang terhidang,” ujar Bojan Hodak sambil berkata tuah memihak lawan.

Menurut pengendali berusia 49 tahun itu, kemenangan Terengganu pada malam ini lebih kepada tuah. Skuadnya lebih mengancam berbanding skuad Sang Penyu, tetapi dalam bola sepak, Bojan Hodak berkata, pasukan yang manfaat peluang akan menang.

KL City ‘menembak’ tiang dan palang gol di babak pertama yang mana, jika ia berjaya menghasilkan gol, tentunya keputusan berbeza kita dapat lihat di hujung perlawanan. Dua percubaan itu dihasilkan oleh Romel Morales dan Giancarlo Gallifuoco.

“Lihat, terdapat ‘peraturan’ tak tertulis dalam bola sepak iaitu anda bazirkan peluang, anda akan dihukum. Lawan tidak terlalu bahaya pun, pasukan kami lebih berbahaya dan memiliki banyak peluang tetapi, bola sepak segalanya tentang gol,” ujarnya.

Kekalahan ini menyaksikan KL City akan kekal di kedudukan ke-5 Liga Super 2021, mengumpul 12 mata dan berpotensi untuk dipintas oleh Selangor FC yang hanya kekurangan satu mata dan PJ City (dua mata). Begitupun, mereka boleh bertahan sehingga Ahad malam, sebelum kedua-dua pasukan itu turun beraksi.

KREDIT FEATURED IMAGE: KL CITY FC

Baca lagi artikel lain mengenai Bojan Hodak dan KL City:

Nafuzi Zain: KL City Bukan Hanya Tentang Dominique da Sylva

RASMI: KL United Kini Bertukar Menjadi Kuala Lumpur City

Adakah Bojan Hodak Akan Jadikan Romel Morales Sebagai Piya, Copot ‘Baharu’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN