Pertelingkahan antara pengendali KL City FC, Bojan Hodak dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin berpunca daripada satu perkara.
KL City tewas 0-1 kepada pasukan tercorot Liga Super, Penang FC dalam aksi yang berlangsung pada 24 September lalu. Tentu ia menyakitkan.
Penang yang dalam rentetan tewas lapan perlawanan berturut-turut berjaya mencuri tiga mata daripada pasukan yang beraksi di Piala AFC 2022. Malah, mereka kini berada di final Inter-zon dan hanya selangkah ke final sebenar.
Beliau melepaskan dua pemainnya untuk skuad negara, Declan Lambert dan Zhafri Yahya yang mana hanya Declan meraih 10 minit permainan.
"I am always happy when players play for the #HarimauMalaya. But in our case, we were preparing for the #AFCCup and had two #MSL2022 fixtures. The coach brought Zhafri and Declan on holiday. Only ten minutes for Declan and Zhafri, not even his first cap." https://t.co/dpiiYKAQcd
— T. Avineshwaran (@avineshW90) September 28, 2022
“Jurulatih [Kim Pan-gon] membawa Zhafri dan Declan untuk bercuti. Hanya 10 minit untuk Declan [Lambert] dan Zhafri [Yahya] gagal mendapatkan kaps pertamanya bersama pasukan negara.”
Bojan Hodak, The Star
Daripada kenyataanya di atas, seakan-akan beliau menempelak Kim Pan-gon kerana pemainnya kurang beraksi bersama skuad kebangsaan apabila dipanggil. Malah difahamkan, beliau ada membuat rayuan untuk memohon pengecualian pemainnya daripada panggilan Harimau Malaya kali ini.
Ia atas faktor mereka akan melalui dua aksi liga selain saingan Piala AFC di Uzbekistan. Namun, mereka tidak mendapat kelulusan untuk pengecualian.
Natijahnya, KL City tumbang kepada Penang dalam aksi minggu lalu. Dan ia memberi kesan kepada persaingan kedudukan akhir mereka di Liga Super.
Penang FC akhirnya raih kemenangan atasi KL City 1-0 selepas 8 perlawanan berturut-turut tewas dalam aksi liga.#PenangFC #MFL #LigaSuper @azlaniadani pic.twitter.com/uiodFgASrU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 25, 2022
Ini kerana, dua perlawanan menentang dua pasukan tercorot, Penang dan Sarawak United adalah perlawanan wajib tiga mata untuk mereka.
Ia bagi menjarakkan kedudukan mereka daripada pencabar terdekat seperti Kedah Darul Aman yang berupaya memintas posisi mereka selepas ini.
Selain itu, enam mata maksimum untuk dua aksi itu mampu membantu mereka untuk memintas Sabah di kedudukan kedua liga jika pencabar-pencabar di kalangan ‘top 3’ liga keciciran mata dalam baki saingan. Kini, mereka hanya boleh mencapai sehingga ke tangga ke-3 sahaja, selain boleh dipintas Kedah yang hanya dua mata di belakang mereka – kurang tiga aksi.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20
Kuala Lumpur City FC naik satu tempat ke tangga kelima liga.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/ynw9pMZEj1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 28, 2022
Jadi, adakah salah FAM apabila liga berjalan dalam kalender FIFA? Adakah salah Kim kerana kedua-dua pemainya tidak dapat peluang bermain?
Ia adalah senario biasa dalam kem skuad kebangsaan apabila ada pemain yang mendapat peluang bermain dan ada yang langsung tidak berpeluang.
Tidak semua pemain dapat bermain dalam hanya dua perlawanan dalam kalender perlawanan antarabangsa FIFA. Tidak wujud persoalan langsung.
“Bojan Hodak pernah jadi coach U19 dan dia patut faham… ingatan saya kepada Bojan Hodak cukup bagi komen setakat ini”, Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden FAM. @ASTROARENA
— Syifa Nasir (@syfansr) September 29, 2022
Malah, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin turut menjelaskan perkara yang sama dengan mengatakan Hodak sebenarnya lebih tahu situasi ini.
Ini kerana, Hodak pernah menjadi sebahagian daripada FAM sebelum ini.
“Bojan Hodak pernah jadi ‘coach’ U19 dan dia patut faham. Ingatan saya kepada Bojan Hodak, cukup bagi komen setakat ini.”
Datuk Hamidin Mohd Amin, Astro Arena
Ia seperti satu amaran daripadanya buat pengendali berusia 51 tahun itu.
Jadi, adakah Bojan Hodak sebenarnya melepaskan geram yang terbuku di hatinya selepas melihat ‘The City Boys’ tumbang kepada Penang?
Kini, sudah tertutup peluang mereka menempatkan diri di kedudukan kedua Liga Super, selain ada kelebihan buat Kedah untuk memintas mereka, jika lawan konsisten mengutip mata – Kedah kurang tiga perlawanan.