Ketika ditanyakan adakah beliau gembira menang ke atas Kedah Darul Aman FC, reaksi Bojan Hodak sangat bersahaja iaitu beliau tidak pernah gembira dengan apa jua keputusan, jika ada kekurangan.
Masih banyak kekurangan dalam permainan para pemainnya yang menyebabkan beliau belum cukup gembira dengan keputusan yang dicapai. Namun, ia satu pencapaian yang baik buat KL City musim ini.
Ini adalah musim pertama mereka kembali ke Liga Super dan mereka berjaya melakar rekod tanpa kalah di laman sendiri, Stadium KLFA, Cheras. Kali terakhir KL City melakukannya adalah pada musim 1999.
Kuala Lumpur completed an entire top-flight league campaign unbeaten at home for the 1st time since 1999, when there were 9 home games
_ KL are also unbeaten in 16 matches at Cheras in all competitions since 2019, 1 short of the club record#LigaSuper
— Devinder Singh (@devinder00) September 4, 2021
Turun berdepan Kedah yang agak tempang tanpa kelibat tiga tonggak utama mereka, KL City berhasil mendahului perlawanan dengan kedudukan 2-0 selepas pemain tengah, Romel Morales telah berjaya menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-6, sebelum Safee Sali menambahnya pada minit ke-26,
Namun, penyerang Kedah, Kipre Tchetche berjaya menyumbat gol ‘pelik’ apabila menyambung sepakan penjuru dengan satu sentuhan ‘flick’ melambung memperdaya penjaga gol, Kevin Mendoza.
Jaringan di minit ke-34 itu tidak cukup untuk membantu Kedah memburu jaringan tambahan apabila akhirnya perlawanan berkesudahan dengan KL City meneruskan rentak 11 perlawanan tanpa kalah.
“Saya tak penah gembira. Kami melepaskan gol yang tak sepatutnya, masih ada beberapa kesilapan dan kami juga gagal membendung permainan Kedah. Tetapi kami bertuah Kedah gagal hukum kami.
34' Gol | Tchetche Kipre merapatkan jurang gol dengan sentuhan yang menarik ini!@KLCityFootball 2-1 @kda_fc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/4BPYrpPwO8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 4, 2021
“Babak pertama kami bermain lebih baik, menjaringkan dua gol dan melepaskan satu gol ‘pelik’. Babak kedua ia berbeza, mungkin disebabkan tekanan tetapi kami berjaya mengharunginya,” ujar Bojan Hodak.
“Perbezaannya adalah kami menjaringkan gol. Peluangnya adalah 50-50. Yang bagusnya, sudah 11 perlawanan kami belum tewas walaupun pada malam ini kami beraksi tanpa Paulo [Josue],” tambahnya.
Babak kedua menyaksikan Kedah mencipta beberapa peluang, namun mereka gagal menterjemahkan peluang dengan jaringan gol. “Ini adalah musim yang baik buat KL City,” tegas Bojan Hodak lanjut.
Walaupun tidak gembira dengan permainan pada malam tadi, Bojan Hodak gembira dengan momentum skuadnya yang belum tewas selepas 11 perlawanan dan melakar rekod tanpa kalah di laman sendiri.