Walaupun sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan sewaktu bertemu PSM Makassar tempoh hari dalam saingan Piala AFC, Kuala Lumpur City (KL City) dilihat masih lagi berpeluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh pengendali KL City, Bojan Hodak apabila beliau melihat persaingan masih lagi terbuka untuk pasukannya mencipta kebangkitan pada perlawanan seterusnya Khamis ini.
Hard luck. We keep going though! #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur #AFCCup2022 pic.twitter.com/AZVHEbSpJL
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 24, 2022
Menurut Bojan, apa yang perlu diperbaiki oleh mereka ketika ini adalah dari segi jentera serangan yang dilihat agak tumpul ketika pertemuan lalu menentang PSM Makassar.
Tambah beliau, secara keseluruhan aksi para pemain KL City dilihat berjaya menguasai permainan dengan baik dan memuaskan hati Bojan apabila mereka mampu menghalang kemaraan pihak lawan.
Cuma sedikit merisaukan ketika situasi serangan pasukan dibuat, KL City jelas sedikit tumpul di bahagian penyudah untuk memberi kelebihan buat mereka dalam perlawanan tersebut dan sekadar berpuas hati mengutip satu mata.
“Saya rasa peluang kami masih belum tertutup. Malah saya lihat peluang sama rata untuk mana-mana pasukan dalam kumpulan H mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan ini.
“Meskipun ia bukan satu tugas mudah menentang Tampines, namun saya percaya pasukan akan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan itu,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada musim ini, Bojan mempertaruhkan khidmat penyerang baharu mereka iaitu Kevin Koubemba yang berasal dari Congo.
Happy birthday, Kevin Koubemba! 🎈 #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/sUhb26tajC
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) March 23, 2022
Namun, kelibat beliau dilihat sedikit tenggelam dan bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik selaku penyerang utama pasukan bersama-sama pemain lain dalam memburu gol.
Selain Kevin, pemain lain yang turut beraksi di bahagian serangan KL City musim ini ialah Romel Morales, Zhafri Yahya, Safee Sali serta Paulo Josue.
Berdepan PSM Makassar lalu, jelas kelemahan di posisi tersebut mendatangkan kerisauan buat Bojan untuk memikirkan strategi baharu menjelasn pertemuan menentang Tampines Rovers bagi aksi kedua peringkat Kumpulan H Piala AFC.
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 26, 2022
Agak sayang, pemain pinjaman baharu mereka iaitu Jordan Mintah daripada Terengganu tidak boleh didaftarkan pada Piala AFC ini.
Pemain tersebut dilihat dapat memenuhi segala kehendak Bojan di bahagian serangan KL City berdasarkan kecemerlangan Jordan sebelum itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).