Pengendali KL City FC, Bojan Hodak nampaknya teruja untuk menang pertembungan dengan Selangor FC dalam Derbi Lembah Klang yang berlangsung malam nanti.
Bercakap kepada New Straits Times, Bojan Hodak berkata, “Kami mahukan hak ‘bercakap besar’ di Lembah Klang. Saya rasa tiada masalah untuk kami menewaskan mereka dan dinobatkan sebagai pasukan terbaik di Lembah Klang ketika ini.”
“Segalanya berjalan baik dalam sesi latihan berpusat kami walaupun sudah dua bulan kita tidak dapat beraksi secara kompetitif,” tambah pengendali kelahiran Croatia itu.
Skuad The City Boys itu menjalani latihan berpusat di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menurut pengendalinya itu, kini beliau semakin sukar untuk membuat pilihan kesebelasan utama dalam pusingan kedua Liga Super bermula pada minggu ini.
#NSTsports When the Super League resumes on July 24 after more than two months, foremost on Kuala Lumpur City coach Bojan Hodak's mind is the Klang Valley derby against Selangor. https://t.co/tDbGZmqMmJ
— New Straits Times (@NST_Online) July 15, 2021
Skuadnya dikatakan sudah semakin bagus dan pemain-pemain yang baharu menyertai pasukan dilihat mengukuhkan lagi pasukan mereka sehingga sukar untuk beliau membuat pilihan. Siapa yang bakal diturunkan berdepan Selangor nanti?
“Masalah terbesar saya sejak liga bermula adalah saya hanya ada sekitar 10 pemain terbaik. Sukar untuk membuat rombakan atau penggiliran pemain terutamanya di benteng kerana pemain simpanan tidak menepati tahap yang saya mahukan.
“Tetapi, ketika ini saya ada 18 pemain terbaik untuk dipilih dan ini juga satu masalah. Masalah yang positif. Masalah yang positif adalah sesuatu yang bagus,” tegasnya lagi.
KL City menerima tambah baik di jentera tengah selepas penyertaan dua pemain Perak FC, iaitu Kenny Pallraj dan J. Partiban serta pemain kacukan Malaysia-England, Ryan Lambert yang diterbangkan daripada kelab Den Bosch, yang beraksi di Belanda.
Siapa Mampu Tumbangkan KL City Buat Kali Pertama Di Stadium KLFA? https://t.co/ojWItVsC5p
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 12, 2021
“Kami telah membawa masuk beberapa pemain baharu dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi mereka memberi kesan yang positif. Ada persaingan untuk kesebelasan utama,” jelas Bojan Hodak lagi mengenainya.
Begitupun, pengendali berusia 50 tahun itu tetap mahu skuadnya berhati-hati dengan dua pemain Selangor iaitu penyerang, Ifedayo Olusegun dan arkitek, Oliver Buff.
Bercakap kepada The Star, Bojan dipetik berkata, “Kedua-duanya adalah pemain berbahaya, tetapi kesemua pemain Selangor juga mampu menghadirkan ancaman.
“Pertahanan harus kekal berdisiplin dan tidak memberikannya [Ifedayo Olusegun] banyak ruang. Oliver [Buff] pula ‘otak’ buat mereka. Dia selalu menginginkan bola dan tampak menjadi jambatan antara pertahanan dan serangan,” ujarnya lagi tentangnya.
KL City berpeluang memintas kedudukan Selangor di tangga ke-5, jika mereka berjaya menumbangkan The Red Giants malam nanti. Ia pastinya perlawanan yang sengit! Untuk rekod, KL City belum pernah tumbang lagi di gelanggang sendiri musim ini.
Baca lagi artikel tentang KL City FC:
Siapa Mampu Tumbangkan KL City Buat Kali Pertama Di Stadium KLFA?
Peluang Terhad Di KL City, Adakah Perak FC Destinasi Safee Sali Selepas Ini?