Bojan Hodak Harap Hadi Fayyadh Tidak Pulang Awal Dari Jepun

Bojan Hodak

Pengendali skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak berharap mental Hadi Fayyadh cukup bersedia menghadapi sebarang cabaran di Jepun sepanjang bersama kelab baharunya, Fagiano Okayama.

Beliau berkata dalam Berita Harian, tidak mahu situasi yang sering berlaku pada pemain tempatan yang berhijrah ke luar negara sebelum ini pulang lebih awal ke tanah air tidak sampai setahun menyertai kelab di sana.

Malah, Bojan mahu bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membuktikan kemampuanya kerana kualiti bola sepak di Jepun sememangnya lebih tinggi daripada saingan Liga Tempatan.

“Kebanyakan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara, mereka mencuba dengan baik tetapi akhirnya pulang lebih awal atas pelbagai sebab. Jadi saya mengharapkan Hadi Fayyadh dapat kekal lebih lama apabila berada di sana.

“Bagi saya, menyertai pasukan divisyen dua Jepun sudah dianggap cukup baik untuk pemain Malaysia dan dia perlu bekerja keras untuk berjaya pada saingan liga yang sudah pastinya lebih mencabar.

“Namun saya yakin Hadi Fayyadh mampu melakukannya kerana dia seorang pemain yang begitu rajin. Berbekalkan kualiti dimilikinya, dia tentu dapat mencipta nama di sana apatah lagi beraksi di Jepun sememangnya menjadi impiannya,” katanya.

Hadi Fayyadh mengikat kontrak selama setahun dengan Fagiano Okayama.

Semalam kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen 2 Jepun itu mengumumkan mereka telah mengikat kontrak dengan Hadi Fayyadh selamat setahun.

Perkembangan ini sekaligus mengesahkan Hadi telah menolak tawaran daripada 3 pasukan Liga Super yang sedang intai khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sebelum ini, Hadi pernah menjalani latihan bersama satu lagi kelab liga divisyen dua, Roasso Kumamoto selama seminggu pada Ogos lalu namun masih tiada jawapan daripada pihak Kumamoto.

Pemergian Hadi menimba pengalaman dengan dua kelab di sana diuruskan oleh syarikat pengeluar minuman Yakult (M) Sdn Bhd yang percaya penyerang tinggi lampai itu memiliki keupayaan untuk bersaing di liga terbaik Asia itu.

Musim lalu, pasukan bimbingan Tetsu Nagawasa itu menamatkan saingan di tangga ke-15 daripada 22 pasukan selepas menghimpun 53 mata menerusi 14 kemenangan dan 11 seri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN