Bojan Hodak Dilantik Ketua Jurulatih PSM Makassar

Bojan Hodak

Individu yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia, Bojan Hodak kini secara rasmi bergelar ketua jurulatih kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar.

Menurut sumber Bolalob, kelab yang berpangkalan di Sulawesi Selatan itu dilaporkan menawarkan kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan buat pengendali berusia 48 tahun tersebut.

Pengalaman Hodak membimbing pasukan [Kelantan] dalam saingan Piala AFC serta cukup arif dengan iklim bola sepak di Asia Tenggara nyata menarik perhatian pengurusan tertinggi PSM Makassar.

PSM Makassar meletakkan sasaran selaku juara Liga 1 Indonesia 2020 dan menjadi juara kumpulan kempen Piala AFC.

Bojan Hodak yang merupakan anak kelahiran Zagreb, Croatia memiliki reputasi yang cukup baik sebagai jurulatih selepas berjaya membawa Kelantan menjulang kejuaraan ‘Treble’ pada musim 2012.

Bojan Hodak memberi arahan kepada para pemain B-18 negara. Foto: Facebook FAM.

Bagi musim 2013 pula Bojan dan skuad Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir.

Setahun kemudian, beliau mengemudi JDT bagi menjulang Liga Super buat pertama kali yang kemudiannya terus didominasi kelab tersebut sehingga musim 2019.

Bojan Hodak pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pulau Pinang sehingga berjaya membantu pasukan tersebut mengatasi zon penyingkiran untuk kekal dalam Liga Super 2017.

Dalam pada itu, beliau turut diberikan tanggungjawab selaku ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan yang menyaksikan pasukan bimbingannya menjuarai saingan Kejuaraan AFF B-19 2018.

Itu merupakan tugasan terakhirnya di Malaysia selepas kontraknya tidak dilanjutkan Persatuan Bolasepak Malaysia pada Mei tahun lalu.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN