Bojan Hodak Akui Faktor Serangan Tumpul Jadi Masalah Utama Persib Bandung

Pengendali Persib Bandung iaitu Bojan Hodak gagal untuk memastikan kemenangan pasukannya ketika beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, selepas menghadapi aksi sengit daripada Barito Putera.

Pada perlawanan tersebut, Persib Bandung sekadar terikat seri 1-1 walaupun berkelebihan beraksi di halaman sendiri bersama kualiti permainan jauh lebih menyakinkan berbanding pelawat.

Persib terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-31 menerusi pemain tengah pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Levy Madinda Clement sebelum ia disamakan kembali oleh pelawat di separuh masa kedua.

Walaupun Persib mencipta banyak peluang, skuad kendalian Bojan seolah buntu untuk menemui kualiti penyudah dengan beberapa peluang keemasan dilepaskan begitu sahaja.

Menurut Bojan, skuad kendaliannya beraksi dengan sangat bagus pada perlawanan itu bersama banyak peluang dicipta dengan dua di antara percubaan tersebut mengenai tiang gol.

Malah secara keseluruhan, bekas jurulatih Kuala Lumpur City (KL City) itu menganggap Persib beraksi dengan lebih baik berbanding perlawanan-perlawanan lalu.

“Kami hanya tidak bernasib baik untuk mendapatkan gol kedua perlawanan. Sedangkan lawan hanya mampu mencipta satu sahaja peluang. Pandangan saya mereka sangat bertuah.

“Pada awalnya, saya merasakan KL City mampu untuk mendapatkan kemenangan. Namun pada akhirnya kami sekadar seri dan kehilangan dua mata,” kata Bojan menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Bojan juga mengakui masalah penyudah membataskan Persib untuk tampil lebih baik dan beberapa perubahan sedia dibuat pasukan tersebut untuk memberi kesan positif kembali di bahagian itu.

“Kami akan melihat terlebih dahulu pemain mana yang bersesuaian akan ditentukan untuk perlawanan akan datang.

“David da Silva sememangnya antara sering diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama, namun kualiti penyudah diperlukan belum mencukupi.

“Pada masa sama, kami juga tidak dapat menurunkan Ciro Alves yang mengalami hukuman penggantungan, selain Ezra Walian yang akan terus berperanan selaku penyerang kedua pasukan,” tambah Bojan.

Musim ini, Persib boleh dianggap berada dalam prestasi kurang menyakinkan sejak awal saingan Liga 1 Indonesia bermula dan kehadiran Bojan ditagih untuk kembali merombak segalanya menjadi baik.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN