Bojan Akui Kualiti Skuad Malaysia Bawah 18 Tahun Masih Jauh Ketinggalan

Pengendali skuad Malaysia bawah 19 tahun, Bojan Hodak mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya sepanjang kejohanan Piala Sanix di Jepun beberapa hari lepas.

Namun begitu, beliau turut me­ngakui anak-anak buahnya menunjukkan peningkatan yang po­sitif apabila berdepan dengan pasukan sekolah tinggi jepun yang mempunyai kualiti jauh lebih baik daripada pasukan remaja Malaysia.

Beliau bercakap kepada kosmo, kemata­ngan yang dipamerkan oleh pemain remaja Jepun membuktikan program pembangunan remaja mereka jauh lebih baik dan maju daripada Malaysia.

“Saya akui tahap permainan skuad negara dengan kelab di Jepun ini terlalu jauh dan mereka sudah berada pada satu tahap yang berlainan.

“Meskipun mereka hanya pelajar sekolah tinggi tetapi tahap permai­nan mereka jauh lebih baik berban­ding pemain Malaysia.

“Mereka (B-18) tidak boleh bermain dengan corak perlawanan bia­­sa di sini. Mereka (Jepun) meng­amalkan konsep taktikal bola sepak moden.

“Tidak boleh dinafikan mentaliti bola sepak kita masih jauh ketinggalan. Namun, saya percaya sekiranya skuad remaja negara didedahkan dengan kejohanan berprestij tinggi seperti ini mereka juga mampu menandingi pemain Jepun satu hari nanti,” katanya.

Sesi latihan skuad B-18 negara di Jepun. FOTO: FAM

Kejohanan Piala Sa­nix yang berlangsung di Stadium Global Arena, Fukuoka itu menghimpunkan pemain remaja terbaik dari seluruh Jepun sebelum dipanggil beraksi dalam saingan utama Liga Jepun nanti.

Kejohanan tertinggi di Je­pun tersebut merupakan pentas untuk melahirkan pemain remaja terbaik sebelum diangkat menyertai liga tertinggi negara matahari terbit itu.

Skuad negara tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut dan hanya mencatat satu kemenangan ke atas pasukan Jepun pada kejohanan Piala Sanix itu.

Hasil keputusan tersebut skuad negara gagal menempatkan diri dalam kalangan lapan pasukan terbaik dan hanya menjadi pasukan jemputan terbaik dalam kalangan Rusia, Taiwan dan Korea Selatan.

Sesi latihan skuad B-18 negara di Jepun. FOTO: FAM

Bojan turut berpendapat bola sepak Malaysia perlu mengamalkan dasar pandang ke Jepun dan menjadikan negara matahari terbit itu sebagai penanda aras untuk mengukur tahap kemajuan di peringkat pembangunan akar umbi.

“Pasukan seperti Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) seharusnya dihantar ke sini untuk menimba pengalaman penting.

“Saya akan berbincang dengan pimpinan FAM untuk menghantar pasukan remaja negara ke Jepun lebih kerap. Kamu boleh lihat corak perlawanan mereka sangat laju.

“Saingan liga di Malaysia seperti Piala Presiden, Piala Belia mahupun Liga Premier tempo mereka sa­ngat perlahan.­

“Kualiti skuad B-18 negara masih jauh ketinggalan berbanding pasukan di Asia termasuk Jepun,” ujar­nya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN