“Boikot Terus Takpa” – Aksi Hambar Milos Gordic Terus Dipertikai?

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Aksi penyerang import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Milos Gordic terus menjadi pertikaian para peminat ekoran aksi ditampilkan beliau selaku peledak utama masih lagi kurang menyakinkan.

Pada aksi semalam, Kedah terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri ketika menentang Sri Pahang menerusi keputusan 2-2 di Stadium Darul Aman (SDA) bersama aksi ditampilkan kedua pasukan cukup menghiburkan.

Sepanjang aksi berlangsung, kedua pasukan saling berbalas serangan dengan penjaga gol Kedah serta Tok Gajah masing-masing tangkas menyelamatkan keadaan.

Dua gol Kedah terhasil menerusi Halim Shaari serta Sukhrob Nurullaev, sementara skuad kendalian Fandi Ahmad memperoleh jaringan hasil ledakan Sergio Aguero bersama Kpah Sherman di penghujung separuh masa kedua.

Sepanjang aksi berlangsung, kelibat Gordic antara menjadi tumpuan utama selepas beliau lebih banyak mensia-siakan peluang terbuka untuk mendapatkan gol buat Kedah.

Dibawa turun dalam kesebelasan utama, impak diberikan pemain ini jelas tidak begitu dirasai dengan kawalan individu serta hantaran dibuat seolah Gordic hanya bertaraf amatur.

Beberapa peluang terhidang dilepaskan itu menyaksikan nama penyerang dari Serbia ini terus menjadi pertikaian ramai peminat Sang Kenari yang kecewa akan aksi beliau sejak awal penyertaan bersama Kedah.

Malah, ada juga pendapat di media sosial menyatakan untuk Gordic meneruskan boikot daripada menyertai sesi latihan bersama Kedah kerana impak beliau sebenarnya langsung tidak dirasai.

Untuk musim ini sahaja menyaksikan rekod jaringan Milos jelas mengecewakan ramai apabila beliau hanya meledak satu gol bersama satu bantuan jaringan sahaja daripada 13 penampilan di pentas domestik.

Malah, Milos masih lagi gagal untuk membuka akaun jaringan di pentas Liga Super dengan gol pertama beliau ketika itu diledak sewaktu berdepan Bukit Tambun FC buat pentas Piala FA.

Aksi Gordic bersama Kedah terus mengecewakan (Junaidi Ahmad/Arena HijauKuning)

Walaupun begitu, pujian tetap diberikan oleh para peminat khas buat para pemain lain seperti Ifwat Akmal yang tangkas di hadapan gawang gol menyelamatkan keadaan daripada dibolosi lebih banyak jaringan oleh serangan Sri Pahang.

Selain itu, kualiti Sony Norde bersama Sukhrob juga meraih perhatian ramai ekoran kerajinan mereka untuk bergerak ke atas dan bawah demi memastikan penguasaan menjadi milik Sang Kenari.

Carta liga kini menyaksikan Kedah berada di tangga ke-10 daripada 13 pasukan bertanding selepas mengharungi 10 perlawanan dengan sembilan mata telah dikumpul skuad kendalian Nafuzi Zain.

Sumber:
Foto: Junaidi Ahmad (Arena HijauKuning)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN