Penyerang muda Indonesia iaitu Ronaldo Kwateh mendapat suntikan motivasi sebelum aksi Piala Asia bawah 20 (B-20) bermula tidak lama lagi dengan beliau dilihat sebagai salah satu tonggak utama pasukan.
Pada usia 17 tahun, pemain ini sudah pun mendapat ruang yang cukup besar dalam dunia bola sepak profesional, setelah beliau kini sah diikat pasukan baharu dari luar negara.
Ronaldo Kongsi Pengalaman Gempa Bumi Di Turkiye Lepas Tandatangani Kontrak Bersama Bodrumsporhttps://t.co/qaX02AsZN6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 19, 2023
Kelab diwakilinya kini beraksi dalam saingan divisyen kedua di Turkiye iaitu Bodrumspor dan Ronaldo sudah pun mula dilamar sejak beberapa minggu lalu oleh pasukan tersebut.
Semalam, Ronaldo secara rasminya telah diperkenalkan oleh Bodrumspor menerusi media sosial mereka dengan mengucapkan selamat datang buat pemain tersebut.
Selain itu, kelab tersebut juga mengucapkan kejayaan buat Ronaldo yang akan mengharungi saingan Piala Asia B-20 tidak lama lagi.
“Selamat datang Ronaldo Kwateh. Akhirnya kini kami telah pun menandatangani kontrak bersama pemain bola sepak Indonesia, yang sebelum itu menyarung jersi Madura United.
“Pemain kami juga akan terlibat bersama Indonesia dalam saingan Piala Asia B-20 yang akan bermula pada 25 Februari ini sehingga 19 Mac 2023.
“Kami mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menyarung jersi kebangsaan serta jersi kami pada masa akan datang,” jelas kenyataan tersebut di Instagram.
Ronaldo yang sebelum itu tampil cemerlang bersama Madura United juga berjaya menyakinkan Shin Tae-yong selaku pengendali utama Indonesia untuk memberi peluang beraksi di skuad kebangsaan.
Sehingga kini Ronaldo sudah pun menyertai kem kebangsaan yang telah dijalankan oleh Shin sejak beberap minggu lalu, namun masih belum diberi ruang beraksi oleh pengendali tersebut.
Walaupun mendapat pelepasan daripada pengurusan Bodrumspor, Ronaldo mengakui dirinya hanya memperoleh peluang bersama Indonesia sehingga saingan Piala Asia B-20 selesai dan perlu kembali melapor diri di sana selepas itu.
Sebelum itu, Ronaldo telah pun mengikat kontrak bersama pasukan tersebut pada 8 Februari lalu selama dua tahun dan dijangka tamat pada 30 Mei 2025.
#Transfer | ✍️ DONE DEAL
🇮🇩✈️🇹🇷 Indonesian's talent, Ronaldo Kwateh has officially joined Bodrumspor, a club playing in the second division of the Turkish Football League with a contract for 2 seasons until 2025.#PSSI pic.twitter.com/mAiSzrtdO8
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 14, 2023
Selain Ronaldo, seorang lagi bintang Indonesia kini turut beraksi di Eropah iaitu Marselino Ferdinan bersama kelab divisyen dua Belgium iaitu KMSK Deinze.