Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Memalukan! Dua Pasukan Liga Premier Indonesia Menjaringkan 5 Gol Sendiri Untuk Mengelak Berjumpa Pasukan Kuat

Dalam perlawanan antara PSS Sleman dan PSIS Semarang, pemenang akan dipertemukan dalam playoff liga dengan Pusamania Borneo FC, naib juara liga tahun lepas.

Dalam 80 minit yang pertama, kedua-dua pasukan langsung tidak menyerang dan hanya membuat hataran tanpa motif di tengah padang.

PSS Sleman memulakan inisiatif untuk kalah terlebih dahulu apabila penjaga gol mereka sengaja buat-buat bangang dengan membiarkan dua back pass dari pertahanannya masuk ke gawang sendiri. PSIS Semarang mendahului 2-0 dan bakal berjumpa Pusamania Borneo FC.

Tetapi azam kuat pemain PSIS Semarang untuk kalah lebih jitu. Dalam masa 2 minit di masa tambahan, mereka menjaringkan 3 gol sendiri atau ‘gol membunuh diri’ – seperti yang disebut oleh pembaca berita Indonesia. Kah kah kah.

Jawatankuasa Liga Premier Indonesia bertindak menyingkirkan kedua-dua kelab dari liga. Kah kah kah. Kalau macam ni gayanya, memang sampai kiamat lah bola sepak Indonesia tak maju walaupun mempunyai populasi penduduk yang besar.