Bobotoh Rasa Pengurusan Persib Bandung Salah Besar Rekrut ‘Ex-Ganu’, David da Silva

Bobotoh penyokong Persib Bandung David da silva terengganu

Beraksi 90 minit penuh dalam tiga penampilan awal bersama Persib Bandung, bekas penyerang Terengganu FC, David da Silva berterusan menjadi tajuk kritikan oleh kumpulan penyokong pasukan yang bergelar Bobotoh.

Sejak menyertai Persib Bandung di pusingan kedua Liga 1 Indonesia selepas meninggalkan Terengganu, David da Silva diharapkan akan kembali dengan sentuhan tajamnya di depan gawang sebagaimana aksinya dahulu.

Pernah bermain bersama Persebaya Surabaya pada musim 2018 dan 2019, beliau berhasil mencetak 35 gol dalam 44 perlawanan. Mungkin ini yang diimpikan oleh Persib Bandung saat merekrutnya untuk bersama.

Meskipun Jadi Watak ‘Dibenci’ Di Terengganu, David da Silva Tekad Menggegar Bersama Persib Bandung

Begitupun, saat ini, para Bobotoh merasakan pihak pengurusan telah membuat kesilapan besar mengambilnya.

Bersama Terengganu, beliau hanya melakar tujuh gol dalam 15 penampilan dan menjadi bahan kritikan atas prestasi hambarnya. Malah, penyerang import di TFC II, Jordan Mintah tampil lebih menyerlah berbandingnya.

Persib Bandung mengalami masalah di jentera serangan sepanjang pusingan pertama Liga 1 Indonesia. Walaupun mereka berada di kedudukan ketiga liga selepas 20 perlawanan, tiada langsung pemain mereka di kalangan ‘top 10’ penjaring terbanyak liga. Malah dua penyerang import sebelum ini juga gagal menyerlah.

Wander Luiz hanya meledak enam gol dalam 17 penampilan, sementara Geoffrey Castillion hanya mencipta tiga gol dalam 13 penampilan. Wander Luiz dan Geoffrey Castillion akhirnya terpaksa dilepaskan Persib untuk mendatangkan ‘Brazilian Duo’ iaitu David da Silva dan Bruno Cantanhede untuk mengubah nasib mereka.

Pengendali, Robert Alberts juga yakin yang kedua-dua pemain baharu itu bakal menampilkan perubahan besar.

Jika David da Silva sudah ‘biasa’ meledak di Liga 1 Indonesia, Bruno Cantanhede pula hadir dengan reputasi sebagai penjaring terbanyak di saingan V League 1 musim 2019. Gandingan ini dilihat sangat meyakinkan.

Selepas tiga minggu pusingan kedua berlalu dengan tiga perlawanan berlangsung, Bruno Cantanhede telah melakar satu gol, itupun menerusi sepakan penalti, sementara David da Silva pula dikatakan ‘mandul’ gol.

Begitupun, Robert Alberts yang turut menjadi mangsa kecaman dengan tanda pagar #ReneOut masih menaruh keyakinan David da Silva dan akan mendapat sentuhan jaringannya dan gandingan kedua-dua penyerang itu akan membuahkan hasil dalam sedikit masa lagi. Baginya, kedua-duanya memiliki kualiti sebagai penyerang.

Katanya kepada wartawan yang dipetik oleh DeskJabat.com baru-baru ini, “David dan Bruno memang masih perlu waktu untuk menyesuaikan diri dalam permainan Persib Bandung di saingan Liga 1 musim ini. Namun, setakat beberapa aksi yang ditampikan, mereka menunjukkan kualiti sebagai seorang penyerang di Indonesia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN