Bagi membantu komuniti bola sepak terutamanya pengusaha padang, Brand New Waves Running Club atau singkatannya #BNWRC telah mengambil satu inisiatif dengan melancarkan penjualan jersi.
Usaha tersebut dicetuskan oleh beberapa organisasi yang terlibat dalam komuniti bola sepak tempatan iaitu Kitamen, Balrz TV, Zush Sport dan Selangor Youth Community
Seperti yang diketahui, pengusaha padang bola sepak menerima impak yang besar sejak bermulanya krisis pendemik COVID-19 di negara kita.
Pengumuman kerajaan pada 12 Oktober lalu yang mengarahkan seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menambah lagi ‘luka’ yang sudah pun parah selepas mereka sebelum ini tidak beroperasi selama lima bulan.
'Kerana PKPB Kami Yang Pertama Ditutup, Yang Terakhir Dibuka' https://t.co/4UcpxawL8d pic.twitter.com/NpK70n3Kd6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 16, 2020
Walaupun pihak kerajaan telah membenarkan padang bola dan gelanggang Futsal untuk kembali beroperasi bermula 19 Oktober, namun ianya hanya bagi tujuan latihan sahaja dan terhad kepada 10 orang pemain mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian #BNWRC berhasrat untuk membantu kelompok ini dengan menyerahkan 100 peratus keuntungan jualan jersi berkenaan kepada semua pengusaha padang sebagai sumbangan kebajikan.
Dengan harga jersi bernilai RM60, setiap pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu permainan video FIFA21. Pemenang boleh memilih untuk mendapatkan FIFA21 PS4, PS5 ataupun PC.
Pembelian jersi boleh dibuat melalui laman web ZUSH, atau klik link berikut: https://www.zush.com.my/nwccfifa20/
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Piala Malaysia 2020: Laluan Mudah Buat JDT, Pertempuran Sengit Di Medan Satu Lagi
Kurang Menyengat Di Saingan ACL Punca Diogo Dilepaskan JDT Ke Thailand Semula?
S. Kunanlan Mahu Jadi Seperti Maldini, Makin Tua Makin Menjadi