Dua kesilapan oleh Lukasz Fabianski membantu Liverpool menghampiri kejuaraan ke-19 sekali gus menamatkan penantian selama 30 tahun.
Liverpool kini selangkah lagi untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris apabila merekodkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas West Ham pada awal pagi tadi.
Kemenangan di Anfield itu memberikan kelebihan 22 mata kepada Liverpool ke atas pasukan tangga kedua, Manchester City.
Liverpool kini hanya memerlukan 12 mata dari baki 11 perlawananan untuk memcatat rekod pemenang paling awal dinobatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Ini bermakna Liverpool hanya memerlukan empat kemenangan sahaja lagi untuk menjadikan impian penyokong mereka di seluruh dunia menjadi kenyataan.
79 & 26 – @LFC have already won as many points this season as Man Utd's treble winners of 1998-99 (79), and as many league games as Arsenal's 2003-04 'invincibles' (26). Astounding. pic.twitter.com/n0RfT5R2Hk
— OptaJoe (@OptaJoe) February 24, 2020
Kekalahan ini menyebabkan Wet Ham kini dengan 24 mata dari 27 perlawanan, satu mata di belakang Aston Villa di zon selamat untuk mengelak penyingkiran.
Ia kelihatan seperti rutin kemenangan seperti kebiasaan buat The Reds apabila Georginio Wijnaldum menanduk masuk bola hantaran lintang Trent Alexander-Arnold dari sebelah sisi kanan padang.
Tiga minit kemdian, The Hammers pantas mengikat kedudukan melalui tandukan Issa Diop, hasil sepakan sudut Robert Snodgrass yang menewaskan penjaga gol, Alisson Becker.
Penjaga gol dari Brazil – pemenang anugerah FIFA BEST 2019 untuk penjaga gol terbaik dunia – sepatutnya mampu menyelamatkan tandukan Diop.
Perlawanan selepas itu tururt menyaksikan tandukan oleh Virgil Van Dijk mengegarkan palang, tetapi Anfield kemudiannya dikejutkan oleh jaringan minit ke-54 pemain gantian, Pablo Fornals untuk West Ham mendahului.
WWWWWWWWWWWWWWWWWW
— Squawka (@Squawka) February 24, 2020
Only two teams in English top-flight history have won 18 consecutive games.
Jürgen Klopp’s Liverpool share a place with Man City in the record books. pic.twitter.com/DrFjML8aDA
Namun selepas itu, blunder atau kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku yang dilakukan oleh penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski membenarkan skuad kendalian Jurgen Klopp kembali menyamakan kedudukan.
Fabianski gagal menyelamatkan percubaan lemah Mohamed Salah menyaksikan bola menyusup perlahan melalui celah kaki penjaga gol dari Poland itu.
Fabianski sekali lagi menjadi sebab utama Liverpool terus membocori gawang The Hammers apabila keluar dari posisinya, tetapi gagal menghalang bola lambung oleh Alexander-Arnold, untuk Sadio Mane mudah menolak bola ke arah gawang kosong.
The Scouser in our team
— Liverpool FC (@LFC) February 24, 2020
Two assists and the Man of the Match award, @trentaa98pic.twitter.com/LRAyCBanKy
Gol oleh Mane itu bermaksud Alexander-Arnold kini berjaya menyamai rekod yang dihasilkan oleh beliau pada musim lalu, iaitu 12 bantuan gol – tertinggi oleh seorang pemain pertahanan di EPL.
Mane berjaya menewaskan Fabianski sekali lagi pada minit ke-86 perlawanan, tetapi VAR mengesahkan pemain itu offside.
Perlawanan berikutnya untuk Liverpool ialah menentang Watford (Away), Bournemouth (Home), Everton (Away), dan Crystal Palace (Home).
Menang semua perlawanan ini, maka kita boleh menjangkakan ‘guard of honor’ daripada Manchester City apabila Liverpool bertandang ke Etihad pada 5 April akan datang.