Manusia memiliki sudut pandangan yang terhad di antara 180-200 darjah. Titik yang tidak terjangkau oleh pandangan itu disebut titik buta. Titik buta disebut blind spot dalam bahasa Inggeris.
Namun dalam sukan termasuk dalam bola sepak ada satu konsep dipanggil blind side.
Satu konsep yang merujuk kepada ruang yang tidak terjangkau oleh pandangan pemain. Kami gelar ia sisi buta untuk membezakannya dengan titik buta (blind spot) dalam konteks bola sepak.
Posisi di sisi buta
Dalam satu temu ramah dengan wartawan, Louis Van Gaal memberitahu agar pemain-pemain beliau sentiasa melakukan gerakan/larian kontra. Beliau berkata :
“Dia harus berlari secara kontra (bertentangan) tetapi bukan di hadapan pihak lawan. Ini kerana, jika dia berlari di hadapan pihak lawan, mereka akan mengesan garis hantaran (passing line), bola dan juga pemain tersebut.”
Jadi, anda harus melakukan larian kontra itu di belakang mereka, jadi, mereka tidak akan melihat anda, garisan hantaran. Jadi, sangat penting aspek kontra dalam bola sepak.
Penjelasan Van Gaal ini merujuk kepada satu gerakan di sisi buta pemain lawan. Lihat penjelasan di bawah ini.
Dalam gambar pertama ini, Iniesta memegang bola dan pertahanan lawan dalam keadaan kompak.
Kemudian Iniesta cuba mencipta animasi untuk ‘meransang’ sistem pressing pihak lawan. Ini untuk membuka ruang. Iniesta menghantar bola ke sisi mencari Neymar.
Pada fasa ini, pihak lawan akan menggerakan sistem pertahanan mereka ke titik aksi (action zone).
Apa yang dimaksudkan dengan larian kontra oleh Van Gaal? Lihat contoh di bawah. Wujud satu sisi buta (blind side) dan Messi berlari bertentang dengan arah larian atau gerakan pressing pasukan lawan.
Iniesta menerima bola dan menghantar bola ke titik buta itu. Jika Messi tidak melakukan larian kontra itu, tidak mungkin dia akan dapat menggunakan ruang tersebut.
Secara tidak langsung, taktikal untuk mencipta dan mengguna titik buta ini sebenarnya salah satu cara kreatif untuk memencah dan mengatasi sistem pressing pihak lawan.
Dalam satu penjelasan paling asas, lihat grafik ini. Pemain A dikenakan tekanan daripada lawan.
Pemain A menghantar kepada pemain B.
Ruang di belakang pemain merah itu adalah ruang yang di luar visi beliau. Jadi, pemain B boleh terus menghantar bola ke ruang belakang, atau pemain B bergerak ke bawah sedikit untuk menerima bola di ruang selesa.
Ini adalah antara contoh hantaran ke sisi buta oleh Busquet.
Ingat akan nama Robbie Keane. Pemain yang kerap disebut pakar dalam memanipulasi pertahanan dalam kedudukan di sebelah bahu (shoulder) mereka. Ianya disebut sebagai gerakan dan posisi ketika di sisi buta.
Untuk seorang penyerang, cabaran untuk memanipulasi blind side ini juga melibatkan kebijaksanaan mereka dalam mengatasi garisan pertahanan akhir untuk mengelakkan ofsaid.
Anda boleh lihat penjelasan dalam video ini:
Anda pastinya kerap melihat tipikal hantaran seperti ini dalam bola sepak.
Barcelona using Tello's blind side runs and Messi's diagonal through balls to beat Levante in January 2014. pic.twitter.com/8gIr7XcWOk
— JD (@JudahDavies) September 2, 2016
Mengurangkan ancaman dari blind side
Banyak pasukan menekankan isu ini. Lihat corak pertahanan Luka Modric yang memberikan false space. Ia dianggap ruang blind side oleh pihak lawan. Sebenarnya tidak, ada pemain yang mempertahankan ruang itu.
Ia dipanggil blind side pressing. Dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada kawalan ruang secara visi.
Lihat pula cara kawalan ruang oleh Busquet yang akan mengawal blind side pihak lawan.
https://twitter.com/TheWMformation/status/754319293463064576
Rumusan
Ia adalah satu ruang yang sangat bahaya dalam bola sepak kerana pemain pertahanan sukar untuk melihat potensi ancaman dan mengambil masa untuk menukar posisi.
Penganalisis termuka Judah Davis menyatakan:
“Adakah ada potensi untuk mencipta kombinasi taktikal yang tidak ada blind side?”
“Secara teknikal, jawapannya tidak! Ini kerana secara semulajadi sudut pandangan manusia adalah terhad.”
Oleh itu, perancangan taktikal yang mengambil kira sisi buta ini sangat penting, terutama sekali ketika bertahan.
Inilah sebab kenapa pemain bervisi tinggi seperti Ozil, Iniesta, Mata, Modric dan Silva dengan cepat mencetuskan ancaman daripada hantaran lolos mereka.
Seperti biasa, banyakkan latihan berpasukan dan tingkatkan keupayaan teknikal. Praktis dan praktik!